top of page

Defisit fiskal terus susut: Bukti Kerajaan MADANI berjaya tadbir negara

Writer: Azuan Ab Rahman
Azuan Ab Rahman
Oct 15
2 min read
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sabah, Datuk Mustapha Sakmud
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sabah, Datuk Mustapha Sakmud

Penurunan berterusan defisit fiskal negara serta peningkatan peruntukan pembangunan untuk Sabah dan Sarawak bukti jelas komited pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjaga kepentingan generasi akan datang.


Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sabah, Datuk Mustapha Sakmud berkata, pelaksanaan disiplin fiskal yang konsisten di bawah Kerajaan MADANI berhasil mengurangkan defisit fiskal negara daripada 5.0 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2023 kepada 4.1 peratus pada 2024 dan 3.7 peratus pada 2025.


Defisit diunjurkan terus menurun kepada 3.6 peratus tahun ini dan 3.3 peratus pada 2027, berbanding 6.4 peratus pada 2021 dan 5.5 peratus pada 2022.


"Angka tidak berbohong. Defisit fiskal negara pernah mencecah 6.4 peratus KDNK pada 2021 dan 5.5 peratus pada 2022. Namun, sejak pentadbiran Kerajaan MADANI, defisit terus menurun daripada 5.0 peratus pada 2023 kepada 4.1 peratus pada 2024 dan 3.7 peratus pada 2025. Defisit diunjurkan terus berkurang kepada 3.6 peratus pada 2026 dan 3.3 peratus pada 2027," katanya dalam kenyataan.


Dalam pada itu, Mustapha yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) berkata, pinjaman baharu kerajaan Persekutuan turut berkurang daripada kira-kira RM100 bilion setahun pada 2021 dan 2022 kepada RM75.6 bilion pada 2025.


Penurunan tersebut sekali gus mencerminkan usaha kerajaan mengurus kewangan negara secara berhemah bagi mengurangkan beban hutang generasi akan datang.


Menerusi kenyataan sama beliau turut menyambut baik peruntukan RM34.9 bilion kepada Sabah dan Sarawak.


Jelasnya meskipun negara berdepan konflik geopolitik, ketidaktentuan ekonomi global serta tekanan subsidi bahan api, Kerajaan MADANI terus mengutamakan pembangunan kedua-dua wilayah tersebut.


"Belanjawan 2027 memperuntukkan RM34.9 bilion kepada kedua-dua wilayah, masing-masing RM18.7 bilion untuk Sabah dan RM16.2 bilion bagi Sarawak, iaitu peruntukan tertinggi dalam sejarah dengan peningkatan keseluruhan RM2.2 bilion berbanding tahun sebelumnya.


"Peningkatan ini membuktikan usaha mengurangkan defisit fiskal dan mengawal pinjaman baharu negara tidak menjejaskan komitmen kerajaan terhadap pembangunan infrastruktur, pendidikan, kesihatan serta peluang ekonomi di Sabah dan Sarawak," katanya.


Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page