Jerebu: Kementerian Kesihatan tambah peralatan, aktifkan bilik gerakan


Kementerian Kesihatan (KKM) membekalkan 841 unit alat bantuan pernafasan tambahan untuk kegunaan di semua premis kesihatan di bawah kementerian itu di seluruh negara.
Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, agihan peralatan tambahan merangkumi 841 unit AeroChamber dewasa, 396 unit AeroChamber kanak-kanak, serta 576 unit nebulizer itu merupakan persediaan menghadapi risiko penyakit berkaitan jerebu.
Selain itu menurutnya, KKM Bilik Gerakan Jerebu Kebangsaan mulai 4 September, selain memantau secara rapi tiga penyakit utama berkaitan jerebu merangkumi jangkitan saluran pernafasan atas (URTI), asma dan konjunktivitis.
"Susulan keadaan jerebu yang semakin buruk, Bilik Gerakan Jerebu Kebangsaan bagi memperkukuh pemantauan situasi serta menyelaras tindakan dan respons kesihatan awam.
"Pemantauan dipertingkatkan menerusi Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Balas Krisis (CPRC) susulan peningkatan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) dan kemerosotan kualiti udara," katanya dipetik di Dewan Rakyat pada Khamis.
Sementara itu beliau turut memaklumkan kementeriannya turut mengukuhkan kerjasama dengan Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bagi memastikan amaran awal serta langkah pencegahan disalurkan secara berkesan kepada masyarakat.
KKM juga menyalurkan nasihat teknikal kepada Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pendidikan Tinggi berhubung penangguhan aktiviti luar sekiranya bacaan Indeks Pencemar Udara melebihi 100 serta cadangan penutupan sekolah jika bacaan melebihi 200.




Comments