top of page

Berita


Masjid, surau diseru adakan solat hajat hadapi jerebu - Dr Zulkifli
Dr Zulkifli Hasan. Gambar arkib Semua masjid dan surau di seluruh negara diseru mengadakan solat hajat serta doa bagi memohon perlindungan Allah SWT daripada masalah jerebu yang sedang melanda negara. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berkata, usaha berkenaan penting sebagai ikhtiar umat Islam memohon perlindungan dan pertolongan Allah SWT dalam menghadapi keadaan berkenaan. "Saya menyeru semua Masjid dan surau adakan solat hajat dan doa

Suara Keadilan
Sep 181 min read
Â
Â


Jerebu: KPM beri kelonggaran tidak hantar anak ke sekolah
Kementerian Pendidikan (KPM) memberi kelonggaran untuk ibu bapa untuk tidak menghantar anak-anak ke sekolah susulan situasi jerebu yang sedang melanda negara. Menterinya, Datuk Seri Fadhlina Sidek (gambar) berkata, kementeriannya terus komited memastikan kesihatan serta keselamatan murid dan akan terus memantau keadaan jerebu dan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) terutama di kawasan terjejas. "Kebimbangan ibu bapa kita dengar. Kesihatan dan keselamatan anak-anak tetap menj

Azuan Ab Rahman
Sep 81 min read
Â
Â


Jerebu: Aktiviti luar sekolah dihentikan jika bacaan lebih 100 - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) memberi jaminan akan terus memantau keadaan jerebu dan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) khususnya di kawasan yang terjejas bagi memastikan kesihatan dan keselamatan murid sentiasa menjadi keutamaan. Menterinya, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata tindakan berkaitan operasi sekolah ketika jerebu dibuat berdasarkan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan dengan bacaan IPU yang dikeluarkan Jabatan Alam Sekitar (JAS) menjadi rujukan rasmi. Menurut beliau,

Helmi Mohd Foad
Sep 71 min read
Â
Â


Agong perkenan tamat darurat jerebu di seluruh Serian, Sarawak
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini memperkenankan penamatan pengisytiharan darurat bagi seluruh Bahagian Serian, Sarawak yang sebelum ini diisytiharkan susulan keadaan jerebu. Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan memaklumkan perkenan itu dibuat selepas mengambil kira nasihat Perdana Menteri serta pandangan Premier Sarawak dan laporan agensi berkaitan. "Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Bahagian Serian kini tidak lagi berada pada paras bahaya. "Bagaimanapun

Helmi Mohd Foad
Sep 71 min read
Â
Â


Serian, Sarawak diisytihar darurat jerebu
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim mengisytiharkan darurat di seluruh Bahagian Serian, Sarawak susulan keadaan jerebu yang mencapai tahap pencemaran udara membahayakan kesihatan dan keselamatan awam. Pejabat Perdana Menteri (PMO) berkata, keputusan tersebut dibuat selepas mengambil kira nasihat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan agensi berkaitan mengenai tahap kualiti udara di kawasan terbabit. "Langkah yang pe

Akmal Manaf
Sep 41 min read
Â
Â


Selangor aktifkan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan
Kerajaan Negeri Selangor mengaktifkan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan melalui Jabatan Alam Sekitar (JAS). Exco Kesihatan Awam dan Alam Sekitar, Jamaliah Jamaluddin berkata keputusan itu dibuat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada Rabu susulan kemerosotan kualiti udara di beberapa kawasan pesisir Pantai Barat Selangor. "Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang bersidang telah mengaktifkan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan melalui Jabatan Alam Sekitar," katanya dalam kenya

Azuan Ab Rahman
Aug 271 min read
Â
Â


Umat Islam disaran solat hajat, doa atasi masalah jerebu - JAKIM
Umat Islam disarankan agar melakukan solat hajat bagi memohon kepada Allah agar dapat memulihkan keadaan berjerebu melanda negara yang dijangka berlaku sehingga hujung bulan ini. Untuk itu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan menganjurkan solat hajat dan bacaan doa di tiga masjid utama di bawah seliaan agensi itu malam ini susulan keadaan jerebu yang melanda negara ketika ini. Ketua Pengarahnya Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee berkata, solat hajat dan bacaan doa itu akan

Helmi Mohd Foad
Aug 262 min read
Â
Â


Jerebu: Lokasi, skala sambutan Hari Kebangsaan akan dibincangkan
Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar akan mengadakan perbincangan petang ini bagi menentukan skala, lokasi dan langkah yang perlu diambil berhubung sambutan Hari Kebangsaan susulan keadaan jerebu yang melanda beberapa kawasan negara. Perkara tersebut dimaklumkan Jurucakap Kerajaan, Datuk Seri Fahmi Fadzil (gambar) pasca mesyuarat Kabinet di Putrajaya hari ini. Fahmi berkata, Jemaah Menteri telah mengambil maklum daripada Jabatan Meteorologi Malaysia (

Akmal Manaf
Aug 261 min read
Â
Â


Jerebu: Kes kesihatan meningkat, KKM nasihat kurangkan aktiviti luar
Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan peningkatan ketara bagi kes kesihatan berkaitan kualiti udara ekoran jerebu yang melanda beberapa kawasan di dalam negara. Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, pemantauan mendapati kes asma dan jangkitan saluran pernafasan atas (URTI) mencatatkan lonjakan tertinggi. Menurut beliau, berdasarkan perbandingan antara Minggu Epidemiologi (ME) ke-32 dan ke-33, kes asma melonjak 259 peratus manakala URTI meningkat 124 peratus. "Seba

Suara Keadilan
Aug 241 min read
Â
Â


Jerebu Borneo: ASEAN ambil tindakan segera, tangani krisis alam sekitar
ASEAN perlu mengambil tindakan segera dan jangka panjang bagi menangani isu jerebu rentas sempadan di Borneo, termasuk memperkukuh kerjasama antara Kalimantan, Sarawak, Sabah dan Brunei. Naib Presiden KEADILAN, Roland Engan berkata, keadaan jerebu yang semakin memburuk di Sarawak sehingga menyebabkan sekolah di beberapa kawasan ditutup pada 20 dan 21 Ogos lalu menunjukkan isu itu bukan lagi sekadar pencemaran udara biasa. Beliau berkata, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPN

Redzuan Shamsudin
Aug 222 min read
Â
Â


Jerebu: KKM pantau, tingkat kesiapsiagaan fasiliti kesihatan
Kementerian Kesihatan (KKM) memperkukuh pemantauan penyakit berkaitan jerebu serta kesiapsiagaan fasiliti kesihatan berikutan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tahap tidak sihat direkodkan di beberapa kawasan. KKM dalam satu kenyataan pada Rabu berkata, pihaknya turut akan meningkatkan kesiapsiagaan anggota kesihatan dan bekalan ubat bagi memastikan perkhidmatan kesihatan segera diberikan sekiranya berlaku peningkatan kes akibat jerebu. "KKM menasihatkan orang ramai, khusu

Azuan Ab Rahman
Aug 131 min read
Â
Â
bottom of page
