top of page

Malaysia sedia tingkat kerjasama dengan Indonesia tangani jerebu - PM

Writer: Akmal Manaf
Akmal Manaf
10 hours ago
1 min read

Malaysia meningkatkan usaha menangani jerebu dengan menghubungi Presiden Indonesia, Prabowo Subianto dan pada masa sama menggesa mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN disegerakan bagi menyelaras tindakan serantau.


Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keadaan jerebu ketika ini berada pada tahap membimbangkan dan memerlukan tindakan segera bagi mengurangkan kesannya terhadap kesihatan serta kesejahteraan rakyat.


Anwar menyifatkan keadaan jerebu yang melanda negara ketika ini semakin memburuk dan amat membimbangkan, terutama kesannya terhadap kesihatan rakyat.


"Justeru Kerajaan MADANI sedang mempergiat usaha menanganinya termasuk melalui operasi pembenihan awan oleh agensi berkaitan.


"Saya (juga) telah hubungi sendiri Presiden Prabowo dan beliau juga setuju (untuk) ambil langkah-langkah yang perlu.


"Kemudian Menteri Luar (Datuk Seri Mohamad Hasan) dan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (Datuk Seri Arthur Joseph Kurup) juga menghubungi rakan sejawat.


"Kita menyatakan sejak minggu lalu (mengenai) kesediaan kita untuk memberi apa sahaja bentuk kerjasama kerana tahap ini membimbangkan dan mengesankan kesihatan rakyat," katanya dalam satu klip video.


Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page