top of page

Kelewatan proses siasatan, penguatkuasaan tidak wajar dibiarkan

Writer: Akmal Manaf
Akmal Manaf
19 minutes ago
2 min read
DS Anwar menjelaskan isu siasatan dan penguatkuasaan di Dewan Rakyat. Foto Jabatan Penerangan Malaysia
DS Anwar menjelaskan isu siasatan dan penguatkuasaan di Dewan Rakyat. Foto Jabatan Penerangan Malaysia

Sebarang kelewatan dalam proses siasatan dan penguatkuasaan undang-undang tidak seharusnya dibiarkan berlarutan, sebaliknya perlu dibangkitkan bagi memastikan ketelusan serta keadilan terus terpelihara, kata Datuk Seri Anwar.


Perdana Menteri berkata, proses siasatan perlu dilaksanakan secara telus dan sebarang kelewatan yang berlaku boleh dibangkitkan atau dipersoalkan secara terbuka di Dewan Rakyat.


"Saya hanya boleh menyatakan di sini (bahawa) siasatan harus telus. Kalau ada beberapa kelewatan, boleh bangkitkan di sini. boleh suarakan atau bantah di sini (Dewan Rakyat).


"Saya tidak ada masalah kerana proses itu kadang-kadang saya (juga) setuju ia mengambil terlalu banyak masa," katanya di Dewan Rakyat hari ini ketika sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT).


Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan S Kesavan (PH-Sungai Siput) mengenai jumlah kes yang dibawa ke mahkamah lebih rendah berbanding laporan polis, selain kemungkinan wujud jurang dalam perundangan sedia ada dan keperluan penyelarasan lebih menyeluruh.


Mengulas lanjut, Anwar berkata dalam konteks di Negeri Sembilan, terdapat beberapa bentuk penghinaan kepada institusi diraja.


"Ini serius, selain banyak membangkitkan mengapa ia dikecualikan dan tiada tindakan tegas. Jadi kadang-kadang kita lihat dari segi polemik kepartian, politik atau kaum.


"Kalau kita sepakat, umpamanya menghalang, jangan ada penghinaan agama. Agama apa pun kerana tidak akan menjadi jernih dan ini bukan keputusan baru.


"Bila keputusan di era Perdana Menteri kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, memulakan ketegasan perihal ini kerana bagi pimpinan ketika itu, soal keharmonian kaum harus diutamakan.


"Sebab itu pimpinan Perdana Menteri kedua, mantan Timbalan Perdana Menteri, Tun Dr Ismail Abdul Rahman sangat keras dan tegas dalam hal ini sehingga membawa kepada (penggubalan) Akta Hasutan.


"Banyak pandangan mengenai masalah Akta 15, termasuk saya, namun kita tidak ada penyelesaian ganti untuk menjernihkan hubungan antara kaum," ujanya lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page