top of page

Berita


Perdagangan Malaysia cecah RM3.062, rekod tertinggi dalam sejarah
Malaysia mencatat pencapaian bersejarah apabila jumlah perdagangan negara buat pertama kali melepasi paras RM3 trilion pada 2025, dengan nilai keseluruhan mencecah RM3.061 trilion. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) berkata pencapaian itu mencerminkan keyakinan rakan dagang antarabangsa terhadap Malaysia serta daya saing ekonomi negara dalam menghadapi ketidaktentuan perdagangan global. Menurut data rasmi Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRA

Noraini Nordin
4 days ago2 min read


Pelaburan asing elak brain drain, buka peluang kerja bergaji tinggi
DS Fahmi bertemu pelajar Malaysia di Doha, Qatar Peningkatan pelaburan asing ke Malaysia berpotensi membuka lebih banyak peluang pekerjaan berpendapatan tinggi, sekali gus membantu mengubah fenomena penghijrahan tenaga mahir atau brain drain kepada brain gain. Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, keyakinan pelabur antarabangsa terhadap kestabilan politik, tadbir urus dan prospek ekonomi negara mampu menjadi pemangkin kepada usaha menarik rakyat Malaysia di lua

Noraini Nordin
Nov 81 min read


Sukarelawan siswa Malaysia, Vietnam perkukuh perpaduan di Segamat
Yuneswaran (berbaju maroon) bersama murid sekolah dari Malaysia dan Vietnam ketika merasmikan Majlis Warisan Budaya Bangsa sempena MADANI Berkhidmat: Misi Sukarelawan Siswa YSS-ASEAN 2026 di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Awat, Segamat Semangat kesukarelawanan dalam kalangan anak muda daripada pelbagai latar belakang mampu menjadi jambatan perpaduan, sekali gus mengeratkan hubungan persahabatan serantau tanpa mengira bangsa, agama dan sempadan negara. Timbalan Menteri Perpad

Suara Keadilan
Oct 262 min read


Malaysia sedia tingkat kerjasama dengan Indonesia tangani jerebu - PM
Malaysia meningkatkan usaha menangani jerebu dengan menghubungi Presiden Indonesia, Prabowo Subianto dan pada masa sama menggesa mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN disegerakan bagi menyelaras tindakan serantau. Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keadaan jerebu ketika ini berada pada tahap membimbangkan dan memerlukan tindakan segera bagi mengurangkan kesannya terhadap kesihatan serta kesejahteraan rakyat. Anwar menyifatkan keadaan jerebu yang melanda negara

Akmal Manaf
Oct 81 min read


REP: Garis panduan baharu Permit Masuk tarik profesional M'sia di luar negara
Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R Ramanan Kerajaan kini mewujudkan garis panduan baharu permohonan Permit Masuk di bawah Returning Expert Programme (REP) dalam usaha menggalakkan warganegara berkemahiran tinggi di luar negara, kembali menyumbang kepada pembangunan di negara ini. Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R Ramanan berkata garis panduan itu diwujudkan dengan kerjasama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN). Beliau berkata, garis pa

Akmal Manaf
Oct 72 min read


Pasport Malaysia nombor dua dunia, bukti keyakinan global – Saifuddin
Pasport Malaysia melonjak ke kedudukan kedua dunia pada 2026, meningkat satu anak tangga daripada tempat ketiga sebelum ini, dengan akses rakyat ke 175 destinasi global. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pencapaian itu mencerminkan peningkatan keyakinan dunia terhadap kestabilan, keselamatan dan integriti sistem negara. Menurut beliau, perkembangan berkenaan selari dengan kerangka Ekonomi MADANI, khususnya usaha menaikkan siling pertumbuhan n

Redzuan Shamsudin
Oct 22 min read


Teknologi Geo AI bantu ramal banjir, optimum sumber kecemasan
Pasukan Malaysia menguasai tiga kedudukan teratas pertandingan ASEAN Geo AI Fusion 2026. Foto Noraini Gabungan kecerdasan buatan (AI) dan data geospatial berpotensi memperkukuh keupayaan pihak berkuasa dalam meramal risiko banjir, sekali gus membolehkan amaran awal disampaikan kepada masyarakat dengan lebih berkesan. Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata penggunaan teknologi berkenaan turut berpotensi membantu pengagihan sumber kecemasan secara lebih efektif keti

Noraini Nordin
Sep 231 min read


PM seru rakyat perbaharui ikrar pertahan perpaduan Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru seluruh rakyat Malaysia supaya memperbaharui ikrar bersama dalam usaha memastikan negara terus kekal bersatu dan harmoni. Beliau berkata semangat kebersamaan perlu terus diperkukuh dengan menyedari bahawa Malaysia merupakan milik bersama seluruh rakyat tanpa mengira kaum dan agama. Menurut Anwar, kesatuan rakyat menjadi asas penting dalam memastikan keharmonian negara terus terpelihara dalam sebuah masyarakat yang terdiri darip

Suara Keadilan
Sep 211 min read


Penegasan MA63 sebagai "waad nasional" perkukuh Persekutuan Malaysia
Penegasan Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) adalah waad nasional dilihat penting dalam mengubah kerangka perbahasan mengenai hak Sabah dan Sarawak daripada isu hubungan Pusat-Negeri kepada amanah bersama seluruh rakyat Malaysia, demikian kata Pengarah Strategi KEADILAN Selangor, Mohd Yahya Mat Sahri. Beliau berkata, penegasan Perdana Menteri itu penting kerana MA63 bukan sekadar dokumen sejarah sebaliknya antara asas pembentukan Malaysia yang per

Helmi Mohd Foad
Sep 182 min read


KEADILAN sokong pendirian PM sokong Palestin, tolak memihak kepentingan Israel
Dr Maszlee Malik. Gambar arkib Biro Antarabangsa Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) menyokong pendirian tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam mempertahankan kedaulatan Malaysia serta pendirian berprinsip negara terhadap Palestin. Pengerusinya, Dr Maszlee Malik berkata, KEADILAN menyokong pendirian bahawa Malaysia tidak akan membenarkan negara ini dijadikan laluan bagi sebarang penghantaran yang menyokong atau menyumbang kepada keupayaan ketenteraan Israel serta

Suara Keadilan
Sep 172 min read


Hasil lawatan di Maldives, percepat kerjasama ekonomi, tenaga
DS Anwar dan delegasi Malaysia dalam sidang media sebelum berangkat pulang ke tanah air. Foto: PMO Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim merumuskan hasil lawatan rasmi ke Republik Maldives yang menyaksikan beberapa kesepakatan dicapai bagi memperkukuh hubungan dua hala Malaysia-Maldives. Dalam sidang media bersama pengamal media Malaysia sebelum berlepas pulang ke tanah air, Anwar berkata antara hasil utama lawatan itu ialah persetujuan untuk mempercepat mesyuarat Sur

Noraini Nordin
Sep 162 min read


PM Guru teroka kerjasama strategik bernilai tinggi bersama Kerala
DS Anwar @ PM Guru bertemu Ketua Menteri Kerala, V. D. Satheesan di Kozhikode Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim atau 'PM Guru' menzahirkan kesediaan Malaysia untuk memperluas jaringan kerjasama strategik dalam pelbagai sektor bernilai tinggi bersama negeri Kerala di India. Hasrat tersebut dizahirkan ketika mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Menteri Kerala, V. D. Satheesan di Kozhikode petang semalam. Menurut kenyataan yang dikeluarkan, kedua-dua pemimpin tur

Azuan Ab Rahman
Sep 151 min read


Pelaburan India ke Malaysia diperluas, Guru lakukan terbaik di New Delhi
DS Anwar @ Guru memimpin rundingan pelaburan bersama para kapten industri India Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim atau nama gelarannya 'Guru' semalam mengadakan beberapa pertemuan bersama pemain industri dan pelabur utama India bagi meneroka peluang memperluas pelaburan serta kerjasama industri antara Malaysia dan India. Pertemuan itu melibatkan wakil DRB-HICOM, SEGULA Technologies India, AWL Agri Business Limited dan Motherson Group, dengan tumpuan kepada sektor strat

Noraini Nordin
Sep 132 min read


Nasib rakyat M'sia mangsa banjir Nepal: Menteri Luar perlu beri penjelasan
Dr Gunaraj George. Gambar arkib Menteri Luar Negeri digesa tampil memberikan penjelasan segera berhubung nasib rakyat Malaysia yang terjejas dalam bencana di Nepal, khususnya 55 keluarga yang masih menunggu kepastian mengenai keselamatan dan keberadaan insan tersayang mereka. Ahli Dewan Negeri (ADN) Sentosa, Dr Gunaraj George berkata, tempoh lebih dua minggu adalah terlalu lama untuk keluarga terus berada dalam keadaan tidak menentu tanpa penjelasan yang sahih dan berterusan

Suara Keadilan
Sep 112 min read


M'sia-Pakistan perkukuh kerjasama keselamatan, fokus jenayah rentas sempadan
Delegasi Malaysia dan Pakistan bertemu di China Malaysia dan Pakistan bersetuju memperkukuh kerjasama keselamatan melalui penubuhan Joint Working Group antara Kementerian Dalam Negeri kedua-dua negara bagi menggerakkan agenda kerjasama dalam pelbagai bidang berkaitan dalam pertemuan bersama Menteri Dalam Negeri Pakistan, Senator Syed Mohsin Raza Naqvi, disela Global Public Security Cooperation Forum Lianyungang (GPSCFL) 2026 di China. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddi

Suara Keadilan
Sep 102 min read


Jenayah siber tanpa sempadan, kerugian cecah RM2.97 bilion - Saifuddin
Malaysia memberi amaran mengenai ancaman jenayah siber tanpa sempadan yang semakin serius ketika sindiket antarabangsa memanfaatkan teknologi moden untuk menyasarkan mangsa di seluruh dunia. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata ancaman itu turut memberi kesan besar kepada Malaysia apabila 66,204 kes jenayah siber dengan kerugian RM2.97 bilion direkodkan sepanjang tahun lalu. Beliau mendedahkan angka itu hampir dua kali ganda berbanding 35,368 kes

Helmi Mohd Foad
Sep 22 min read


Malaysia berpotensi jadi hab teknologi perubatan serantau
Bekalan peranti perubatan negara kekal stabil meskipun berdepan ketidaktentuan geopolitik yang mengganggu rantaian bekalan dan lanskap perdagangan global Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir (gambar) berkata, penilaian risiko bekalan terkini setakat 5 Ogos menunjukkan sebanyak 81.3 peratus barangan peranti perubatan berada pada tahap risiko rendah, manakala 18.7 peratus lagi berada pada tahap risiko sederhana dari segi kemungkinan gangguan bekalan. Bagaimanapun menurut

Suara Keadilan
Aug 282 min read


M'sia-Pakistan perkukuh kerjasama keselamatan, kepolisan, sempadan
DS Saifuddin (kiri) melakukan kunjungan hormat atas Presiden Republik Islam Pakistan, Asif Ali Zardari Malaysia dan Pakistan berpotensi memperluas kerjasama dalam bidang perdagangan, keterjaminan makanan serta hubungan udara selain memperkukuh kerjasama keselamatan, kepolisan dan pengurusan sempadan, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. Beliau berkata perkara itu antara hasil utama lawatan kerja rasmi beliau ke Pakistan yang turut menyaksikan perbi

Suara Keadilan
Aug 242 min read


Diplomasi, dialog penting redakan ketegangan serantau – Saifuddin
DS Saifuddin bertemu Field Marshal Syed Asim Munir. Kredit foto: Associated Press of Pakistan (APP) Malaysia menegaskan kepentingan diplomasi dan dialog sebagai pendekatan utama dalam meredakan ketegangan serta menyelesaikan konflik secara aman, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. Beliau berkata, perkara itu antara yang dibincangkan dalam pertemuannya dengan Field Marshal Syed Asim Munir, Chief of Army Staff merangkap Chief of Defence Forces Pakis

Suara Keadilan
Aug 231 min read


Kebakaran hutan Kalimantan: Perkukuh kerjasama M'sia-Indonesia tangani bencana
Isu kebakaran hutan di Kalimantan perlu diberikan perhatian serius kerana kesannya berpotensi menjejaskan Sabah dan Sarawak melalui pencemaran udara serta kemerosotan kualiti alam sekitar. Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Mas Gading, Heikarl Edzha Zaini berkata, kebakaran hutan bukan sahaja mengancam kesihatan dan keselamatan rakyat, malah memusnahkan habitat semula jadi serta mengancam kelangsungan hidupan liar di Pulau Borneo. "Isu kebakaran hutan di Kalimantan perlu dibe

Redzuan Shamsudin
Aug 222 min read
bottom of page
