PM seru rakyat perbaharui ikrar pertahan perpaduan Malaysia


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru seluruh rakyat Malaysia supaya memperbaharui ikrar bersama dalam usaha memastikan negara terus kekal bersatu dan harmoni.
Beliau berkata semangat kebersamaan perlu terus diperkukuh dengan menyedari bahawa Malaysia merupakan milik bersama seluruh rakyat tanpa mengira kaum dan agama.
Menurut Anwar, kesatuan rakyat menjadi asas penting dalam memastikan keharmonian negara terus terpelihara dalam sebuah masyarakat yang terdiri daripada pelbagai latar belakang.
Seruan itu disampaikan ketika beliau berucap pada Majlis Perasmian Pesta Kebudayaan Cina Malaysia Kali Ke-41 di Encore Melaka, 20 September.
Majlis berkenaan turut menjadi wadah meraikan kepelbagaian budaya, sekali gus mencerminkan kehidupan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama.
Anwar menegaskan bahawa semangat untuk mempertahankan negara secara bersama perlu terus menjadi pegangan rakyat dalam memastikan Malaysia kekal bersatu.




Comments