top of page

Teknologi Geo AI bantu ramal banjir, optimum sumber kecemasan

Writer: Noraini Nordin
Noraini Nordin
2 minutes ago
1 min read
Pasukan Malaysia menguasai tiga kedudukan teratas pertandingan ASEAN Geo AI Fusion 2026. Foto Noraini
Pasukan Malaysia menguasai tiga kedudukan teratas pertandingan ASEAN Geo AI Fusion 2026. Foto Noraini

Gabungan kecerdasan buatan (AI) dan data geospatial berpotensi memperkukuh keupayaan pihak berkuasa dalam meramal risiko banjir, sekali gus membolehkan amaran awal disampaikan kepada masyarakat dengan lebih berkesan.


Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata penggunaan teknologi berkenaan turut berpotensi membantu pengagihan sumber kecemasan secara lebih efektif ketika berdepan bencana.


Menurut beliau, aplikasi Geo AI mempunyai nilai praktikal yang besar kepada negara-negara ASEAN, khususnya dalam menghadapi risiko bencana alam seperti banjir.


Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penutup program ASEAN Geo AI Fusion 2026 di Kuala Lumpur.


Teo berkata penerapan teknologi tidak seharusnya dilihat sebagai matlamat akhir, sebaliknya nilai sebenar teknologi terletak pada keupayaannya meningkatkan kesejahteraan serta kualiti kehidupan masyarakat.


Program tiga hari itu menghimpunkan 1,112 peserta dari 11 negara ASEAN, dengan 72 peratus peserta terdiri daripada mahasiswa.


Malaysia turut mencatat pencapaian membanggakan apabila menguasai tiga kedudukan teratas pertandingan berkenaan, masing-masing sebagai johan, naib johan dan tempat ketiga.


Program anjuran bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Kementerian Komunikasi itu memberi tumpuan kepada pembangunan idea serta penyelesaian berasaskan AI dan geospatial dalam menangani cabaran bencana alam.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page