top of page

Malaysia gesa pembiayaan iklim disalur terus kepada komuniti

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
3 hours ago
2 min read
Kor Ming berucap di Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Ke-31 (COP31)
Kor Ming berucap di Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Ke-31 (COP31)

Malaysia hari ini menggesa pengukuhan penglibatan awam serta tindakan secara langsung di peringkat komuniti dalam menangani perubahan iklim dengan menegaskan bahawa komitmen iklim global perlu diterjemahkan kepada hasil yang nyata dan berimpak kepada masyarakat, khususnya dalam aspek pengurusan sisa mampan dan perumahan berdaya tahan iklim.


Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, yang mengetuai delegasi Malaysia ke Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Ke-31 (COP31), berkata tindakan iklim perlu melangkaui perbincangan dasar dan komitmen antarabangsa, sebaliknya beralih kepada pelaksanaan praktikal yang melibatkan kerajaan tempatan, sektor perniagaan dan komuniti.


Ketika berucap pada pelancaran rasmi Rethink Food. Reduce Waste. - The #OneBillion Challenge, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu menegaskan komitmen Malaysia untuk memperkukuh ekonomi kitaran menerusi peningkatan penglibatan isi rumah, inisiatif berasaskan komuniti serta amalan pengurusan sisa yang bertanggungjawab.


"Pengalaman Malaysia membuktikan bahawa dasar di peringkat nasional mampu diterjemahkan kepada penyertaan awam yang bermakna, khususnya menerusi inisiatif Pengasingan Sisa di Punca (SAS) yang menggalakkan isi rumah dan komuniti

mengambil tanggungjawab lebih besar dalam pengurusan sisa.


"Pada tahun lalu, keluarga dan komuniti di Malaysia secara kolektif mencatatkan rekod kebangsaan dengan mengumpulkan lebih 27,600 kilogram minyak masak terpakai dalam tempoh sehari. Pencapaian ini membuktikan bahawa sisa isi rumah yang

dihasilkan setiap hari mampu ditransformasikan menjadi sumber bernilai, termasuk bahan api penerbangan mampan dan tenaga hijau, sekiranya semua pihak berganding bahu," katanya.


Beliau berkata usaha tersebut semakin penting, khususnya ketika dunia dijangka berdepan fenomena El Nino super yang membawa cuaca ekstrem pada tahun hadapan, sekali gus menimbulkan risiko besar terhadap bekalan makanan global.


Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), sebanyak 7.8 peratus daripada penduduk dunia, iaitu kira-kira 643 juta orang, kini mengalami kelaparan kronik dan ketidakjaminan makanan yang teruk. Sementara itu, 25.8 peratus daripada penduduk dunia tidak mempunyai akses secara berkala kepada makanan yang selamat, berkhasiat dan mencukupi.


"Seruan untuk bertindak semata-mata tidak lagi memadai. Pemimpin dunia perlu menyedari betapa seriusnya krisis yang bakal dihadapi dan mengambil langkah pencegahan sebelum semuanya terlambat," katanya.


Kor Ming turut menekankan kepentingan memperkukuh tanggungjawab bersama menerusi Blueprint Ekonomi Kitaran Sisa Pepejal di Malaysia 2025-2035 dan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007, di samping pelaksanaan inisiatif perintis Daerah Sisa Sifar (Zero Waste District) di KLCC dan Pulau Pinang.


Dalam sesi berasingan bertajuk Housing at the Heart of Climate Action: Moving from Commitments to Sanctuary anjuran UN-Habitat, Kor Ming menggesa perubahan asas dalam pendekatan meletakkan perumahan sebagai agenda utama iklim global.


Beliau menegaskan bahawa perumahan berdaya tahan iklim perlu diiktiraf bukan sekadar sebagai komoditi ekonomi atau penyumbang kepada pelepasan karbon tetapi sebagai hak asasi manusia dan kemudahan awam yang penting.


Merujuk kepada kajian UN-Habitat terhadap komitmen sumbangan yang ditentukan di Peringkat Nasional (NDC 3.0), yang mendapati bahawa 69 peratus komitmen iklim negara kini merangkumi aspek perumahan bandar, beliau menegaskan bahawa komitmen yang lebih kukuh perlu disertai pelaksanaan yang berkesan, khususnya bagi melindungi lebih 1.1 bilion penduduk yang tinggal di kawasan penempatan tidak formal dan komuniti rentan di seluruh dunia.

1 Comment


Trâm Trần bích
3 hours ago

HI88 tình cờ được mình biết đến khi đang đọc một bài viết về quản lý tài liệu và xem phần nguồn tham khảo ở cuối trang. Thấy tên này nằm trong danh sách nên mình mở thử cho biết, chủ yếu tò mò xem cách trình bày có khác những công cụ mình từng thấy không. Mình chỉ lướt qua vài trang, không đi sâu vào từng tính năng. Điều dễ nhận thấy là bố cục khá sạch, tiêu đề và nội dung được phân biệt rõ, chuyển qua các khu vực cũng tương đối thuận. Xem nhanh trên máy tính lẫn điện thoại đều không tạo cảm giác quá rối.

Like

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page