top of page

Jerebu: Utamakan kesihatan murid, sekolah swasta diseru ikut langkah KPM

Writer: Azuan Ab Rahman
Azuan Ab Rahman
1 day ago
1 min read

Keselamatan dan kesihatan murid perlu menjadi keutamaan mutlak berikutan krisis jerebu yang semakin membimbangkan.


Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Saifuddin Shafi Muhammad (gambar) berkata, langkah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menutup institusi pendidikan di kawasan terjejas merupakan tindakan tepat yang wajar disokong demi melindungi murid daripada risiko kesihatan.


Langkah tersebut juga menurutnya, seiring hasrat Yang di-Pertuan Agong yang sentiasa menekankan aspek kesejahteraan serta keselamatan anak-anak sekolah.


"Sebanyak 38 kawasan di seluruh negara kini mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) tidak sihat, termasuk enam lokasi utama di Selangor.


"Keadaan ini bukan lagi sekadar kebimbangan, tetapi menuntut tindakan segera," katanya dalam satu kenyataan.


Menerusi kenyataan sama Saifuddin turut menggesa sekolah swasta, sekolah antarabangsa dan institusi pendidikan awal kanak-kanak mempertimbangkan penutupan berdasarkan tahap pencemaran di kawasan masing-masing.


Beliau turut mengingatkan ibu bapa supaya memastikan anak-anak kekal berada di dalam rumah sepanjang tempoh penutupan sekolah dan mengurangkan aktiviti di luar.


"Penutupan sekolah bukan bermakna anak-anak bebas melakukan aktiviti di luar rumah. Pendedahan kepada udara tercemar perlu dikurangkan dan nasihat kesihatan mesti dipatuhi.


"Keberkesanan langkah pencegahan ini bukan sahaja bergantung kepada keputusan kerajaan, tetapi juga disiplin dan tanggungjawab setiap keluarga," tambahnya.


Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page