top of page

Berita


BN jangan angkuh, jangan lupa sejarah hilang kuasa - Saifuddin Shafi
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi sepatutnya memahami prinsip demokrasi melalui proses pembentukan kerajaan berasaskan mandat pilihanraya. Timbalan Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Shafi Muhammad (gambar) berkata, Onn Hafiz telah menunjukkan sikap paling angkuh apabila mendakwa pihak lawan hanya membuang masa dan wang menyertai PRN Melaka bagi menentang Perikatan Nasional (PN) dan BN. "Sebagai Ketua Eksekutif Kerajaan Negeri yang dipilih melalui

Azuan Ab Rahman
3d1 min read


Apa pendirian Umno setelah Tuanku Muhriz murka pada Ismail?
KEADILAN mempersoalkan pendirian Umno selepas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim ditegur secara terbuka oleh Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir. Timbalan Setiausaha Agungnya, Saifuddin Shafi Mohammad (gambar) berkata, Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi perlu tampil menjelaskan pendirian mereka kepada rakyat berhubung kemelut institusi diraja negeri itu. Malah kepimpinan Umno Negeri Sembilan juga perlu tampil menyatak

Suara Keadilan
Oct 181 min read


Jerebu: Utamakan kesihatan murid, sekolah swasta diseru ikut langkah KPM
Keselamatan dan kesihatan murid perlu menjadi keutamaan mutlak berikutan krisis jerebu yang semakin membimbangkan. Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Saifuddin Shafi Muhammad (gambar) berkata, langkah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menutup institusi pendidikan di kawasan terjejas merupakan tindakan tepat yang wajar disokong demi melindungi murid daripada risiko kesihatan. Langkah tersebut juga menurutnya, seiring hasrat Yang di-Pertuan Agong yang sentia

Azuan Ab Rahman
Oct 91 min read


Perluaskan skim deposit sifar pembeli rumah pertama Bumiputera - Saifuddin
Belanjawan 2027 perlu memberi perhatian khusus kepada isu pemilikan rumah pertama, khususnya dalam kalangan generasi muda Bumiputera. Timbalan Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Shafi Muhammad (gambar) berkata, walaupun semakin ramai anak muda Bumiputera mempunyai pekerjaan tetap dan pendapatan stabil, pemilikan rumah pertama masih menjadi cabaran besar kepada golongan tersebut. "Harga purata rumah di Malaysia kini menghampiri RM500,000, sedangkan majoriti pembeli rumah per

Azuan Ab Rahman
Oct 62 min read


KEADILAN persoal kewibawaan MB Ismail Lasim susulan isu proklamasi takhta
Kerajaan Negeri Sembilan didesak menjelaskan percanggahan pendirian berhubung Surat Cara Proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz Tuanku Munawir. Timbalan Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Shafi Muhammad (gambar) berkata, pengiktirafan proklamasi tersebut seperti yang dilapor media semalam menimbulkan persoalan kerana bercanggah dengan pendirian Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim sebelum ini. "Pada 9 September lalu, Ismail mengesahkan menandatangani Surat Cara Proklamasi b

Azuan Ab Rahman
Sep 171 min read


Zahid ukur dulu kekuatan sendiri sebelum cabar 'Guru' - Saifuddin
Saifuddin Shafi Muhammad. Gambar arkib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi disaran tidak terlalu ghairah mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya membubarkan Parlimen ketika pentadbiran Kerajaan MADANI berjalan dengan baik. Timbalan Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Shafi Muhammad berkata, Zahid perlu menyedari kedudukan sebenar Barisan Nasional (BN) yang hanya mempunyai 30 kerusi Parlimen berbanding Pakatan Harapan (PH) dengan 79 kerusi. "Kalau s

Azuan Ab Rahman
Sep 131 min read


Jangan ubah isu rasuah jadi drama derhaka - Saifuddin bidas Asyraf
Kenyataan Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang mendakwa Pakatan Harapan (PH) mempertikaikan kuasa pengampunan Agong disifatkan sekadar cubaan menutupi isu rasuah dan kepincangan integriti dalam Umno yang sedang diperkata umum. Timbalan Setiausaha Agung KEADILAN berkata, PH tidak pernah menafikan kuasa pengampunan diperuntukkan di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan seperti digambarkan Asyraf. Beliau menegaskan, menghormati kuasa perlembagaan Yang di-Pertuan Agong tidak be

Azuan Ab Rahman
Sep 102 min read


Pas jangan padam fakta kebajikan Selangor demi propaganda murahan
Dakwaan Ketua Pemuda Pas Selangor, Mohamed Sukri Omar bahawa rakyat Selangor masih belum menikmati manfaat daripada kekayaan negeri itu disifatkan sebagai tuduhan dangkal dan tidak berasas. Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Saifuddin Shafi Muhammad berkata, tuduhan dilempar Mohamed Sukri pada Muktamar Tahunan Pas di Kota Bharu baru-baru ini tidak lebih sekadar naratif politik yang sengaja mengetepikan fakta nyata. Beliau menegaskan, Kerajaan Negeri komited mem

Azuan Ab Rahman
Sep 92 min read


Kedaulatan negara: Apa pemimpin Pas harapkan, PH membisu?
Tindakan Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari yang mempersoalkan laporan polis terhadap dakwaan Hj Hadi Awang mengenai campur tangan Amerika Syarikat (AS) untuk menjatuhkan kerajaan Malaysia sebelum 2018 ditempelak. Timbalan Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Shafi Muhammad (gambar) berkata, dakwaan membabitkan cubaan kuasa asing menentukan kepimpinan Malaysia bukan isu kecil yang boleh dianggap sekadar pertikaian antara Presiden Pas dengan Kedutaan AS. Menurut beliau,

Azuan Ab Rahman
Sep 92 min read


RM300 juta: Penjelasan KKDW patahkan naratif Akmal Salleh - Saifuddin
Penjelasan rasmi Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) berhubung peruntukan RM300 juta diluluskan kepada kementerian itu bercanggah hujah Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh. Timbalan Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Shafi Muhammad (gambar) menegaskan, isu sebenar bukan mengenai kewujudan mekanisme peruntukan tambahan sebaliknya penjelasan awam yang seharusnya konsisten dengan isu tersebut. "Saya ambil maklum penjelasan Saudara Akmal bahawa perbelanjaan

Azuan Ab Rahman
Sep 32 min read


Saifuddin 'pulangkan paku buah keras' kepada Akmal Salleh
Kenyataan sindiran Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh yang dipercayai ditujukan kepada Pakatan Harapan (PH) dilihat memakan diri. Timbalan Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Shafi Muhammad (gambar) 'memulangkan paku buah keras' terhadap kiasan 'lamaran dan perkahwinan' digunakan Akmal Salleh sebagai merujuk usaha digerakkan untuk bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. Terdahulu, Akmal Salleh menerusi hantaran

Azuan Ab Rahman
Aug 301 min read


Gabungan politik baharu Selangor: Jangan terlalu awal buat spekulasi - Saifuddin
Kerajaan Selangor terbuka untuk memperhalusi sebarang bentuk kerjasama dengan mana-mana pihak yang benar-benar mahu menyumbang kepada kestabilan, pembangunan dan kesejahteraan rakyat negeri itu. Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Saifuddin Shafi Muhammad (gambar) berkata, beliau mengambil maklum kenyataan Ketua Pemuda Bersatu, Muhammad Hilman Idham berhubung kemungkinan kerjasama politik di Selangor Bagaimanapun jelasnya, sebarang persefahaman perlu berasaskan

Azuan Ab Rahman
Aug 271 min read


'Tiada maklumat': Semak dulu, jangan serang melulu - Saifuddin
Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Saifuddin Shafi Muhammad (gambar) membidas sikap melulu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADN) Sungai Ramal, Mohd Shafie Ngah. Ia berhubung tindakan Shafie mempertikaikan jawapan bertulis "tiada maklumat" dalam sistem e-sidang berhubung soalan berkaitan Universiti Selangor (Unisel) dengan menyelarnya sebagai jawapan "pemalas", tanpa menyemak terlebih dahulu jawapan itu dengan pihak pengurusan DUN. Tambah Saifuddin, sebagai seorang mantan T

Suara Keadilan
Aug 251 min read


Pemansuhan AUKU bukti agenda reformasi terus berjalan
Keputusan kerajaan memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) membuktikan agenda reformasi yang diperjuangkan bukan sekadar slogan politik, sebaliknya diterjemahkan melalui tindakan. Timbalan Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Shafi Muhammad (gambar) berkata, pemansuhan akta itu memberi ruang lebih luas kepada mahasiswa untuk bersuara, berbeza pandangan serta terlibat dalam perbincangan mengenai masa depan negara. "Saya menyambut baik pengumuman Perdana Menteri

Suara Keadilan
Aug 161 min read


KEADILAN tolak gesaan bubar Parlimen jika DAP keluar kabinet
KEADILAN menolak gesaan Penolong Setiausaha Agung Pas, Khairul Faizi Ahmad Kamil supaya Parlimen dibubarkan sekiranya DAP membuat keputusan menarik diri daripada Jemaah Menteri. Timbalan Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Shafi Muhammad (gambar) berkata, cadangan itu tidak berasas kerana Kerajaan Perpaduan masih mempunyai mandat dan sokongan mencukupi untuk mentadbir sehingga tamat penggal. Malah ia hanya menunjukkan kegagalan Khairul Faizi untuk memahami asas pembentukan k

Azuan Ab Rahman
Aug 61 min read


Keputusan PRN NS: Terus santuni rakyat, tingkat khidmat masyarakat – Saifuddin
Timbalan Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Shafi Muhammad (gambar), menyeru seluruh anggota parti agar tidak berputus asa susulan keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan minggu lalu. Menyifatkan kekalahan merupakan sebagai sebahagian daripada perjalanan perjuangan, beliau menyeru agar keputusan tersebut dijadikan ruang untuk bermuhasabah, memperbaiki kelemahan serta kembali mendekati rakyat dengan lebih tekun. "Bukan semua orang yang kalah itu lemah. Kadang-kad

Azuan Ab Rahman
Aug 41 min read


'Tok Min sudah capai RM30 bilion pelaburan, BN baru janji manifesto'
Pakatan Harapan (PH) menyifatkan manifesto Barisan Nasional (BN) yang menjanjikan pelaburan bernilai RM30 bilion dalam tempoh lima tahun sebagai ketinggalan. Ketua Sekretariat Jabatan Pilihan Raya PH, Saifuddin Shafi Muhammad (gambar) berkata, rekod pentadbiran Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun menunjukkan Negeri Sembilan telah berjaya merekodkan nilai pelaburan hampir RM30 bilion hanya dalam tempoh 2024 hingga 2025. "BN baru hendak berjanji membawa pe

Suara Keadilan
Jul 281 min read


Kempen berbaur perkauman Asyraf Wajdi cuba kelirukan rakyat N Sembilan - Saifuddin
Pakatan Harapan (PH) menyelar kempen berbaur perkauman yang cuba dimainkan Barisan Nasional (BN) pada kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan. Ketua Sekretariat Jabatan Pilihan Raya PH, Saifuddin Shafi Muhammad (gambar) berkata, kenyataan Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berhubung isu calon Menteri Besar dalam satu kempen baru-baru ini dianggap mengelirukan dan menghina rakyat negeri itu. "HARAPAN ingin menyentuh tentang kenyataan dangkal Dr Asyraf Wajd

Azuan Ab Rahman
Jul 252 min read


Jangan tuding PH kerajaan lambat laksana perubahan, lihat rekod BN
Dakwaan pemimpin Umno, Datuk Razlan Rafii bahawa Pakatan Harapan (PH) bersikap angkuh dan enggan mengambil iktibar daripada PRN Johor dibidas keras. Timbalan Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Shafi Muhammad (gambar) berkata, kenyataan Razlan itu sebagai cubaan mengalihkan perhatian serta menutup kelemahan parti berkenaan terutama selepas beliau membuat teguran terhadap Presiden Umno. "Barisan Nasional (BN) tidak boleh melepaskan tanggungjawab berhubung prestasi pentadbiran

Azuan Ab Rahman
Jul 242 min read


Letak jawatan: Dulu Dr Akmal berlindung di balik TYT, sekarang siapa pula?
Kenyataan terbaharu Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Akmal Salleh berhubung isu peletakan jawatan sebagai Exco Kerajaan Negeri Melaka dilihat tidak lebih daripada usaha memperbodohkan penyokongnya. Timbalan Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Shafi Muhammad (gambar) berkata, kenyataan ADUN Merlimau itu yang mendakwa bersedia mengemukakan semula surat peletakan jawatan sekiranya pemimpin DAP, Nga Kor Ming juga mengemukakan peletakan jawatan sebagai Menteri tidak lebih sekadar reto

Azuan Ab Rahman
Jul 211 min read
bottom of page
