top of page

Letak jawatan: Dulu Dr Akmal berlindung di balik TYT, sekarang siapa pula?

  • Writer: Azuan Ab Rahman
    Azuan Ab Rahman
  • Jul 21
  • 1 min read

Kenyataan terbaharu Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Akmal Salleh berhubung isu peletakan jawatan sebagai Exco Kerajaan Negeri Melaka dilihat tidak lebih daripada usaha memperbodohkan penyokongnya.


Timbalan Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Shafi Muhammad (gambar) berkata, kenyataan ADUN Merlimau itu yang mendakwa bersedia mengemukakan semula surat peletakan jawatan sekiranya pemimpin DAP, Nga Kor Ming juga mengemukakan peletakan jawatan sebagai Menteri tidak lebih sekadar retorik politik murahan.


Tegasnya, Akmal sebelum ini memberi alasan konon peletakan jawatan sebagai Exco tidak dapat diteruskan kerana tidak diperkenankan Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Melaka


Namun kurang seminggu memberikan alasan tersebut, pendirian mengenai perkara itu jelasnya tiba-tiba dengan mudah boleh berubah.


"Hari tu kata sebab TYT tak bagi, lepas ini TYT bagi ke Dr Akmal Salleh?” soal Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor itu menerusi hantaran di Facebook.


Sementara itu menurut Saifuddin, kenyataan Akmal Salleh itu bukan sahaja membingungkan penyokong UMNO, malah menimbulkan persoalan terutama Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka boleh diadakan pada bila-bila masa.


"PRN (Pilihan Raya Negeri) Melaka juga bila-bila masa sahaja lagi. Perlu ke hendak memperbodohkan rakyat demi kenyataan populis yang langsung tak ada faedah," katanya lagi.


Menerusi hantaran sama, Saifuddin turut menyindir Akmal Salleh dengan menyifatkan Ketua Pemuda UMNO itu sebagai ‘produk Pemuda UMNO paling lekeh pernah dilahirkan’.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page