top of page

PRN Melaka: 30 peratus kontrak PBT untuk anak muda antara tawaran PH

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
2 hours ago
1 min read
'Aspirasi Melaka Rumah Kita' dilancarkan semalam, tawaran kepada pengundi
'Aspirasi Melaka Rumah Kita' dilancarkan semalam, tawaran kepada pengundi

Manifesto 'Aspirasi Melaka Rumah Kita' oleh Pakatan Harapan (PH) menawarkan 30 peratus kontrak kerja Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) kepada belia dan beliawanis.


Pengerusi PH Negeri Melaka, Adly Zahari berkata, cadangan terkandung dalam manifesto yang dilancarkan sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 itu bertujuan membuka peluang perniagaan kepada generasi muda tempatan.


"Langkah ini membuka peluang pekerjaan, perniagaan dan pengalaman kepada generasi muda tempatan," katanya dipetik laporan media.


Terdahulu pada sidang media pelancaran manifesto PH di Bilik Gerakan Utama PH di Ayer Keroh pada Selasa, Adly menyatakan komitmen untuk memberi tumpuan kepada penyediaan pekerjaan berkualiti dan jaminan masa depan anak muda menerusi usaha mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan.


Gabungan itu juga berhasrat untuk terus memperkasa golongan wanita menerusi pemberian geran khas kepada peniaga wanita bagi menyokong golongan itu yang terlibat dalam bidang perniagaan.


Pada masa sama, bantuan turut diperluas kepada peniaga kecil dan usahawan tempatan supaya mereka lebih mudah memperoleh modal, mengembangkan perniagaan, serta meningkatkan pendapatan.


Menurut Adly, manifesto yang dirangka berdasarkan maklum balas penduduk dan peniaga itu turut mencadangkan usaha memanfaatkan kembali tanah terbiar untuk pertanian moden dan keterjaminan makanan.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page