top of page

'Tok Min sudah capai RM30 bilion pelaburan, BN baru janji manifesto'

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 hours ago
  • 1 min read

Pakatan Harapan (PH) menyifatkan manifesto Barisan Nasional (BN) yang menjanjikan pelaburan bernilai RM30 bilion dalam tempoh lima tahun sebagai ketinggalan.


Ketua Sekretariat Jabatan Pilihan Raya PH, Saifuddin Shafi Muhammad (gambar) berkata, rekod pentadbiran Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun menunjukkan Negeri Sembilan telah berjaya merekodkan nilai pelaburan hampir RM30 bilion hanya dalam tempoh 2024 hingga 2025.


"BN baru hendak berjanji membawa pelaburan RM30 bilion dalam tempoh lima tahun. Hakikatnya, di bawah kepimpinan Tok Min (Aminuddin Harun), Negeri Sembilan sudah mencapai angka itu dalam tempoh hanya dua tahun.


"Itulah bezanya antara rekod pencapaian PH dan retorik BN," katanya dipetik laporan media.


Saifuddin yang juga Timbalan Setiausaha Agung KEADILAN berkata begitu dalam ceramah kelompok di DUN Ampangan bagi membantu calon PH, Datuk Muhammad Nazri Kassim baru-baru ini.


Sementara itu tegasnya, dakwaan pembangkang bahawa Aminuddin gagal mentadbir dan membangunkan Negeri Sembilan langsung tidak selari dengan fakta serta pencapaian sebenar kerajaan negeri sepanjang lapan tahun lalu.


Selain kejayaan menarik pelaburan, katanya, Kerajaan Negeri juga berjaya menyiapkan hampir 34,000 unit Rumah Harapan Rakyat sepanjang tempoh 2018 hingga 2025, sekali gus membuktikan komitmen pentadbiran PH dalam menyediakan perumahan yang lebih selesa kepada rakyat.


"Kerajaan hari ini bukan sekadar merancang, tetapi melaksanakan. Rakyat boleh melihat sendiri hasilnya melalui peluang pekerjaan baharu, pembangunan ekonomi dan pelbagai inisiatif yang memberi manfaat secara langsung," katanya.


Sehubungan itu, beliau menyeru rakyat Negeri Sembilan supaya terus memberikan mandat kepada Pakatan Harapan pada 1 Ogos ini, ia supaya agenda pembangunan negeri yang dirancang Aminuddin dapat diteruskan.


"Kita tidak perlukan kerajaan yang hanya menawarkan janji. Sebaliknya Negeri Sembilan memerlukan kerajaan yang mempunyai rekod prestasi dan terbukti mampu membawa kemajuan " tambahnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page