top of page

BN jangan angkuh, jangan lupa sejarah hilang kuasa - Saifuddin Shafi

Writer: Azuan Ab Rahman
Azuan Ab Rahman
3 days ago
1 min read

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi sepatutnya memahami prinsip demokrasi melalui proses pembentukan kerajaan berasaskan mandat pilihanraya.


Timbalan Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Shafi Muhammad (gambar) berkata, Onn Hafiz telah menunjukkan sikap paling angkuh apabila mendakwa pihak lawan hanya membuang masa dan wang menyertai PRN Melaka bagi menentang Perikatan Nasional (PN) dan BN.


"Sebagai Ketua Eksekutif Kerajaan Negeri yang dipilih melalui proses demokrasi yang sama, kenyataan Onn Hafiz cukup dangkal.


"Bagaimana seseorang yang datang daripada keluarga yang mempunyai tradisi politik boleh menonjolkan kefahaman begitu cetek mengenai demokrasi?" tanyanya.


Saifuddin sementara itu menegaskan, perbezaan politik tidak seharusnya menjadi alasan untuk memperkecilkan pihak lawan kerana dalam demokrasi, mandat rakyat boleh berubah dan setiap parti perlu bersedia menerima keputusan pilihan raya.

Beliau mengingatkan kepada sejarah kekalah BN yang hilang kuasa pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2018, manakala PH memperoleh kerusi terbanyak dalam kalangan gabungan politik pada PRU 2022.


"PH mengalahkan BN pada 2018 dan 2022 melalui saluran demokrasi. Jadi, tidak timbul soal parti lain membuang masa, wang atau tenaga hanya kerana memilih untuk bertanding.


"Rakyat yang menentukan keputusan, bukannya pemimpin parti. Jangan terlalu awal menganggap pihak lawan tidak mempunyai peluang," katanya.


Beliau sementara itu menegaskan, walaupun PH tewas dalam beberapa siri PRN sebelum ini, gabungan itu mengambil iktibar daripada kekalahan berkenaan untuk memperbaiki kelemahan, memperkukuh jentera serta meningkatkan kesepaduan pengurusan pilihanraya.


"PH akan terus berusaha mendapatkan mandat rakyat dan kami yakin mampu mencabar BN sekali lagi pada PRU akan datang," ujarnya lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page