top of page

'Tiada maklumat': Semak dulu, jangan serang melulu - Saifuddin

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 33 minutes ago
  • 1 min read

Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Saifuddin Shafi Muhammad (gambar) membidas sikap melulu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADN) Sungai Ramal, Mohd Shafie Ngah.


Ia berhubung tindakan Shafie mempertikaikan jawapan bertulis "tiada maklumat" dalam sistem e-sidang berhubung soalan berkaitan Universiti Selangor (Unisel) dengan menyelarnya sebagai jawapan "pemalas", tanpa menyemak terlebih dahulu jawapan itu dengan pihak pengurusan DUN.


Tambah Saifuddin, sebagai seorang mantan Timbalan Speaker, Shafie sepatutnya menyemak fakta dahulu, bukan terus membesarkan isu.


"Macam mana selaku mantan timbalan Speaker, Shafie Ngah tidak rujuk dahulu dengan Pejabat Dewan?


"Berbanding menerbitkan kecaman, ADN Sungai Ramal itu sepatutnya minta kepastian sebenar daripada pengurusan Dewan," kata Saifuddin dipetik Malaysiakini.


Terdahulu, Shafie yang juga Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas Selangor mempersoalkan komitmen pentadbiran negeri menjawab soalan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) susulan jawapan diterimanya.


Susulan itu, Pegawai Tugas-Tugas Khas kepada Menteri Besar Selangor Amirudin Shari, Nazri Noh tampil menjelaskan bahawa persidangan kali ini menggunakan sistem e-Sidang buat pertama kali dan mungkin berlaku isu teknikal.


"Bagi soalan, memang Unisel telah hantar jawapan awal. Jawapannya ada dalam sistem e-Sidang. Cuma bila cetak keluar pula 'tiada maklumat'.


Malaysiakini dalam laporannya turut mengesahkan bahawa Unisel telah pun memberikan jawapan terperinci kepada tiga soalan yang ditanya oleh Shafie.


Sementara itu Saifuddin dipetik laporan sama turut menyindir Shafie dengan berkata, sikap suka membesarkan isu adalah sifat semulajadi pimpinan parti Pas.


Sebagai rekod, sistem e-Sidang adalah platform digital untuk pengurusan dan pendaftaran serta memuat naik dokumen berkaitan persidangan si Dewan Negeri Selangor, bertujuan menjadikan urusan dewan lebih cekap.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page