top of page

Keputusan PRN NS: Terus santuni rakyat, tingkat khidmat masyarakat – Saifuddin

  • Writer: Azuan Ab Rahman
    Azuan Ab Rahman
  • 2 minutes ago
  • 1 min read

Timbalan Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Shafi Muhammad (gambar), menyeru seluruh anggota parti agar tidak berputus asa susulan keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan minggu lalu.


Menyifatkan kekalahan merupakan sebagai sebahagian daripada perjalanan perjuangan, beliau menyeru agar keputusan tersebut dijadikan ruang untuk bermuhasabah, memperbaiki kelemahan serta kembali mendekati rakyat dengan lebih tekun.


"Bukan semua orang yang kalah itu lemah. Kadang-kadang kita cuma sedang melalui hari yang paling sukar dalam perjuangan kita.


"Dalam lingkaran kuasa tapi seakan tidak bermaya. Prestasi cemerlang namun tidak dihiraukan. Mungkin banyak khilaf kita dalam memimpin," katanya.


Menurut Saifuddin, apa yang lebih penting selepas keputusan tersebut adalah untuk memastikan usaha menyantuni rakyat, mendengar suara serta memahami denyut nadi golongan akar umbi diperkukuh menuju Pilihan Raya Umum ke 16 yang dijangka hujung tahun depan.


Justeru beliau mengajak seluruh anggota parti terus memperkukuh khidmat bakti dengan lebih rendah hati dan bersungguh-sungguh sehingga kepercayaan dan keyakinan rakyat kembali semula.


"Bersangka baik bahawa pengundi belum lagi membenci, sekadar mengingatkan.


"Semoga Allah tidak pernah jadikan kita manusia yang menghina pilihan orang lain, dan semoga Allah membalas setiap hati yang sabar dengan manisnya kemenangan di kemudian hari," katanya.

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page