top of page

Masjid, surau diseru adakan solat hajat hadapi jerebu - Dr Zulkifli

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
1 hour ago
1 min read
Dr Zulkifli Hasan. Gambar arkib
Dr Zulkifli Hasan. Gambar arkib

Semua masjid dan surau di seluruh negara diseru mengadakan solat hajat serta doa bagi memohon perlindungan Allah SWT daripada masalah jerebu yang sedang melanda negara.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berkata, usaha berkenaan penting sebagai ikhtiar umat Islam memohon perlindungan dan pertolongan Allah SWT dalam menghadapi keadaan berkenaan.


"Saya menyeru semua Masjid dan surau adakan solat hajat dan doa bagi memohon perlindungan Allah SWT dari masalah jerebu yang melanda negara," katanya menerusi kenyataan.


Seruan itu dibuat ketika keadaan jerebu dilaporkan menjejaskan beberapa kawasan di negara ini sejak sebulan lalu, dengan masyarakat dinasihatkan mengambil langkah sewajarnya bagi mengurangkan risiko kesihatan akibat pencemaran udara.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page