top of page

Jerebu semakin teruk, Dr Zulkifli seru Solat Hajat di masjid surau

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
12 hours ago
1 min read
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan. Gambar arkib
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan. Gambar arkib

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan menyeru supaya Solat Hajat diadakan susulan keadaan jerebu yang semakin teruk.


Beliau berkata, umat Islam digalakkan memohon kepada Allah SWT agar dikurniakan rahmat serta hujan yang membawa manfaat bagi membantu menangani keadaan berkenaan.


"Jerebu makin teruk, senjata kita adalah doa," katanya dalam muat naik di media sosial.


Sehubungan itu, Zulkifli menyeru agar Solat Hajat dilaksanakan secara serentak di seluruh masjid dan surau di Wilayah Persekutuan.


"Saya menyeru Solat Hajat diadakan serentak di seluruh masjid dan surau Wilayah Persekutuan.


"Moga Allah SWT curahkan rahmat dan hujan yang bermanfaat," katanya.


Untuk rekod rakyat Malaysia amat terjejas dengan keadaan jerebu akibat kebakaran hutan di wilayah Indonesia yang masuk bulan kedua.


Indeks Pencemaran Udara pula sering berada di atas paras 150 yang menandakan bacaan "tidak sihat" terutama di sebelah Pantai Barat Semenanjung dan Sarawak.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page