top of page

Jerebu: KPM beri kelonggaran tidak hantar anak ke sekolah

  • Writer: Azuan Ab Rahman
    Azuan Ab Rahman
  • 16 minutes ago
  • 1 min read

Kementerian Pendidikan (KPM) memberi kelonggaran untuk ibu bapa untuk tidak menghantar anak-anak ke sekolah susulan situasi jerebu yang sedang melanda negara.


Menterinya, Datuk Seri Fadhlina Sidek (gambar) berkata, kementeriannya terus komited memastikan kesihatan serta keselamatan murid dan akan terus memantau keadaan jerebu dan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) terutama di kawasan terjejas.


"Kebimbangan ibu bapa kita dengar. Kesihatan dan keselamatan anak-anak tetap menjadi keutamaan dalam setiap tindakan yang kita ambil.


"Jika bimbang akan kesihatan anak, ibu bapa dibenarkan tidak menghantar mereka ke sekolah dengan memaklumkan pihak sekolah," katanya menerusi kenyataan di Facebook.


Pada Isnin, Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS) merekodkan 40 kawasan di seluruh negara mencatatkan IPU pada tahap tidak sihat dengan Kota Samarahan mencatatkan bacaan sangat tidak sihat iaitu 222.


Sementara itu, Fadhlina menerusi hantaran sama menegaskan, tindakan berkaitan jerebu dilaksanakan berdasarkan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan dengan bacaan IPU yang dikeluarkan Jabatan Alam Sekitar (JAS) sebagai rujukan rasmi.


Menurutnya, semua aktiviti luar bilik darjah melibatkan pelajar dihentikan sekiranya IPU mencatatkan bacaan melebihi 100 dan semua sekolah akan ditutup sekiranya indeks melebihi 200.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page