Serian, Sarawak diisytihar darurat jerebu
- Akmal Manaf

- 1 hour ago
- 1 min read

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim mengisytiharkan darurat di seluruh Bahagian Serian, Sarawak susulan keadaan jerebu yang mencapai tahap pencemaran udara membahayakan kesihatan dan keselamatan awam.
Pejabat Perdana Menteri (PMO) berkata, keputusan tersebut dibuat selepas mengambil kira nasihat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan agensi berkaitan mengenai tahap kualiti udara di kawasan terbabit.
"Langkah yang perlu secara lebih berkesan akan diambil bagi melindungi kesihatan dan kebajikan penduduk yang terjejas," maklum PMO menerusi satu kenyataan dikeluarkan.
Menurut PMO lagi, kerajaan akan terus memantau perkembangan dari semasa ke semasa dan memastikan segala tindakan yang diperlukan dilaksana dengan kadar segera, termasuk langkah mitigasi serta penyampaian maklumat dan nasihat kesihatan kepada orang ramai.




Comments