top of page

KKM kukuh khidmat psikiatri, sasar seorang pakar bagi 40,000 penduduk

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
1 hour ago
1 min read
Kementerian Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad
Kementerian Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad

Kementerian Kesihatan (KKM) bakal memperluas latihan dalam bidang psikiatri bagi memenuhi keperluan perkhidmatan kesihatan mental yang semakin meningkat.


Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, Kerajaan MADANI menyasarkan nisbah seorang pakar psikiatri bagi setiap 40,000 penduduk di negara ini berbanding seorang bagi setiap 69,000 penduduk ketika ini.


"Kementerian kini mempunyai kira-kira 400 pakar psikiatri daripada 700 pakar berdaftar di Malaysia, manakala kira-kira 300 lagi berkhidmat dalam sektor swasta.


"Ini menunjukkan keperluan untuk lebih memperkukuh tenaga psikiatri bagi menghadapi keperluan yang semakin meningkat," katanya dipetik laporan media.


Beliau berkata begitu pada sidang media sempena Sambutan Bulan Kesihatan Mental Sedunia Peringkat Kebangsaan 2026 di Pusat Dagangan Dunia (WTC).


Dr Dzulkefly sementara itu memaklumkan,terdapat kira-kira 500 Pakar Perubatan Keluarga (FMS) dan 300 kaunselor di bawah kementeriannya.


Manakala kira-kira 10,000 kaunselor berdaftar dengan Lembaga Kaunselor Malaysia di seluruh negara.


"Sebanyak 1,116 klinik kesihatan kerajaan turut menawarkan perkhidmatan kesihatan mental, manakala perkhidmatan psikiatri disediakan di 68 hospital KKM dan empat institusi psikiatri.


"Bagi meningkatkan akses masyarakat kepada rawatan kesihatan mental, KKM akan terus memperluas akses kepada perkhidmatan kesihatan mental menerusi hospital, klinik kesihatan dan Pusat Kesihatan Mental Masyarakat (MENTARI)," jelasnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page