top of page

PRN Melaka: Jentera kerja keras, menang sebanyak mungkin kerusi - Adam

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
54 minutes ago
1 min read
Pemangku Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Melaka, Adam Adli Abd Halim
Pemangku Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Melaka, Adam Adli Abd Halim

Jentera Pakatan Harapan (PH) khususnya KEADILAN diseru supaya bekerja keras demi memenangkan calon yang diketengahkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kali ini.


Pemangku Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Melaka, Adam Adli Abd Halim berkata jentera perlu mencipta rekod dengan memenangi sebanyak mungkin kerusi yang diperuntukkan kepada parti itu.


"Jadi memang kita ada tugas yang sedikit berat untuk kita pastikan kita boleh pecah rekod baharu.


"Saya rasa apabila kita tampilkan sembilan orang calon kita, kita akan menangkan semua," katanya dipetik laporan media.


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon PRN Melaka pada 31 Oktober, manakala pengundian berlangsung pada 14 November 2026.


KEADILAN mempertaruhkan seramai sembilan daripada 21 calon yang mewakili gabungan itu terdiri daripada empat calon muda dan tiga wanita.


Adam Adli dalam satu laporan sebelum ini berkata, setiap calon dipilih berlandaskan kebolehlaksanaan untuk menang dan menggugat penguasaan Barisan Nasional (BN).


Biarpun yakin mereka mampu mencipta kejutan pada pilihan raya kali ini, Adam Adli mengingatkan jentera agar tidak mengambil mudah cabaran dan perlu terus bekerja keras demi memenangi hati pengundi.


Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page