top of page

PRN Melaka: KEADILAN tawar pembaharuan, ruang kepada generasi muda

Writer: Azuan Ab Rahman
Azuan Ab Rahman
1 hour ago
1 min read
Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Dr Fuziah Salleh. Gambar arkib
Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Dr Fuziah Salleh. Gambar arkib

KEADILAN menawarkan pembaharuan politik pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dengan menampilkan lebih ramai muka baharu, golongan muda dan wanita sebagai calon yang membawa aspirasi rakyat.


Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Dr Fuziah Salleh berkata pendekatan tersebut juga mencerminkan komitmen parti itu untuk membuka lebih banyak peluang kepada generasi muda pelapis dan wanita memainkan peranan lebih besar dalam kepimpinan politik.


"Daripada sembilan calon yang diketengahkan parti itu, tujuh atau 77.8 peratus merupakan muka baharu, manakala empat calon atau 44.4 peratus terdiri daripada golongan muda.


"Pada masa sama, tiga calon wanita turut diketengahkan, bersamaan 33.3 peratus daripada keseluruhan calon," katanya menerusi kenyataan di Facebook.


Sembilan calon KEADILAN yang mewakili Pakatan Harapan (PH) di PRN Melaka ialah Mohd Yunazri Mustamiri di Tanjung Bidara, Mohd Khuzairie Mohd Kamal Kannan (Rembia), P Denesh (Asahan), Azman Abidin (Paya Rumput).


Selain itu, KEADILAN turut mencalonkan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Melaka Muhammad Hakimin Mokhtar (Ayer Molek), Esma Eazreen Husin (Rim), Muhammad Faiq Azman (Serkam), Farzana Hayani Mohd Nasir (Kelebang) dan Ginie Lim Siew Lin (Machap Jaya).


Dr Fuziah juga memaklumkan, beliau sudah mengunjungi lapan Bilik Gerakan Utama (BGU) Dewan Undangan Negeri (DUN) sejak pengumuman calon dibuat bagi meninjau persiapan jentera parti.


Lawatan itu turut memberi peluang kepada beliau bertemu petugas serta membantu menyelaraskan gerak kerja jentera bagi memastikan persiapan menghadapi pilihan raya berjalan lancar.


Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page