top of page

Super El Nino: Kemeterian Pertanian jamin bekalan makanan mencukupi

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
55 minutes ago
1 min read

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) mengambil langkah proaktif bagi mendepani masalah kekurangan bekalan makanan yang dijangka berlaku akibat fenomena Super El Nino.


Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, kementerian sudah menggerakkan beberapa langkah mitigasi termasuk mengeluarkan arahan supaya Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan syarikat terbabit industri perikanan meningkatkan penyimpanan bekalan ikan sejuk beku.


"Fenomena Super El Nino yang dijangka mencecah suhu akan cecah 40 darjah menyebabkan ikan di tepi pantai akan ke tengah laut, mungkin jumlah penangkapan nelayan kecil akan terjejas.


"Jadi kita minta LKIM dan pihak swasta yang terbabit dalam sektor perikanan supaya memperbanyakkan ikan sejuk beku.


"Jika berlaku kekurangan ikan, kita boleh lepaskan (pasarkan) ikan sejuk beku untuk mengatasi masalah bekalan itu," katanya dipetik laporan media.


Sementara itu menurut Mohamad Sabu, kementeriannya juga bakal meningkatkan kesiapsiagaan teknologi dan memperkasakan sistem amaran awal cuaca bagi sektor perikanan.


KPKM turut menggerakkan beberapa langkah mitigasi bagi menghadapi kemungkinan kesan fenomena berkenaan, termasuk mempergiat pemantauan sumber air di kawasan sawah padi dan paras air empangan.


"Langkah lain termasuk pengesanan lokasi menerusi aplikasi MyFSI dan teknologi penderiaan jauh, selain pelaksanaan Pelan Mitigasi Bencana Akuakultur.


"Kementerian turut melaksanakan Pelan Tindakan Perubahan Iklim Sektor Perikanan 2024-2030," tambahnya.


Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page