top of page

75 penduduk manfaat Saringan Kesihatan Komuniti di DUN Batu Uban

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • 10 minutes ago
  • 1 min read
Kumaresan (lapan dari kanan) bersama penduduk Lebuh Nipah 2 yang menjalani pemeriksaan kesihatan
Kumaresan (lapan dari kanan) bersama penduduk Lebuh Nipah 2 yang menjalani pemeriksaan kesihatan

Seramai 75 peserta menerima manfaat daripada Program Saringan Kesihatan Komuniti Health4All yang diadakan di Tanah Lapang Lebuh Nipah 2, Lip Sin, baru-baru ini.


Menurut ADUN Batu Uban, A Kumaresan, program berkenaan merupakan usaha beliau membawa perkhidmatan kesihatan lebih dekat kepada masyarakat, khususnya bagi memudahkan penduduk mendapatkan pemeriksaan kesihatan tanpa perlu pergi jauh.


"Saya sentiasa percaya bahawa perkhidmatan kesihatan perlu dibawa lebih dekat kepada rakyat. Atas sebab itu, saya berusaha membawa perkhidmatan saringan kesihatan seperti ini terus ke kawasan komuniti, supaya penduduk lebih mudah dan selesa untuk mendapatkan pemeriksaan tanpa perlu pergi jauh," katanya dalam muat naik di media sosial.

Seorang warga emas diperiksa kesihatan
Seorang warga emas diperiksa kesihatan

Katanya, program saringan kesihatan percuma itu dikhususkan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan pasangan berusia 40 tahun ke atas.


Pelbagai pemeriksaan disediakan termasuk saringan kardiovaskular, buah pinggang, metabolik dan kanser.


Antara pemeriksaan yang ditawarkan ialah tekanan darah, indeks jisim badan (BMI), ujian darah lengkap, HbA1c, profil lipid, fungsi buah pinggang dan hati, ujian Hepatitis B dan C, iFOBT serta pemeriksaan klinikal payudara bagi wanita.


Program itu turut mendapat sokongan Ahli Majlis Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Manimaran Samba Sivam yang turun padang menyantuni peserta.


Penganjur turut merakamkan penghargaan kepada Puan Saras daripada National Cancer Society Malaysia (NCSM), Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPWK) Batu Uban N35 serta semua pihak yang bekerjasama menjayakan program berkenaan.


"Saya akan terus berusaha membawa lebih banyak perkhidmatan dan kemudahan terus kepada komuniti, supaya rakyat dapat menikmati manfaatnya dengan lebih mudah dan dekat dengan tempat tinggal mereka.


"Pengesanan awal menyelamatkan nyawa. Kesihatan komuniti, keutamaan kita," katanya yang juga ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page