top of page

KEADILAN Cabang Dungun kekal bersama perjuangan reformasi

Writer: Akmal Manaf
Akmal Manaf
May 22
1 min read

KEADILAN Cabang Dungun tampil menegaskan bahawa kepimpinan mereka kekal utuh dan setia di bawah Presiden, Datuk Seri Anwar Ibrahim meskipun terdapat segelintir individu bertindak meninggalkan parti.


Ketua Penerangannya, Mohd Shamsul Mat Amin (gambar) berkata, kestabilan dan kesetiaan itu turut melibatkan keseluruhan struktur kepimpinan termasuk sayap Wanita dan Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Cabang Dungun.


"Setakat hari ini, tiada mana-mana pimpinan tertinggi di peringkat Cabang Dungun yang bertindak meninggalkan parti untuk menyertai wadah politik lain.


"Tindakan segelintir individu yang memilih untuk keluar parti bukanlah satu perkara baharu dalam sejarah politik tanah air, dan ia sama sekali tidak menjejaskan kekuatan organisasi di peringkat akar umbi.


​"Perkara seperti ini bukan kali pertama berlaku. Sebelum ini pun ada yang keluar parti dengan sidang akhbar dan pelbagai kenyataan," katanya dalam kenyataan.


Menurut Mohd Shamsul lagi, fokus utama pihaknya ketika ini adalah untuk memperkukuhkan gerak kerja organisasi bagi menghadapi cabaran politik semasa dan meneruskan agenda reformasi.


"Yang ada kita jaga, yang keluar biarkan mereka keluar," katanya mengucapkan selamat maju jaya kepada pihak yang memilih haluan berbeza.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page