top of page

PRU16: Prestasi cabang jadi kayu ukur kelayakan calon pilihanraya - Anwar

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Apr 14
  • 1 min read
DS Anwar menegaskan individu dari cabang yang aktif sahaja layak dipertimbangkan sebagai calon PRU
DS Anwar menegaskan individu dari cabang yang aktif sahaja layak dipertimbangkan sebagai calon PRU

Hanya calon daripada cabang dengan keanggotaan dan jentera yang kuat akan dipertimbangkan untuk diketengahkan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16.


Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kriteria pemilihan calon juga akan bergantung kepada keaktifan program yang dilaksanakan di peringkat cabang berkenaan.


"Walaupun peringkat jawatankuasa (Majlis Pimpinan Pusat) yang cadangkan (seseorang calon) saya akan reject (tolak) kalau (cabang) tidak mempunyai anggota atau lemah.


"Lebih baik kita tumpu ke kawasan mempunyai kepimpinan yang kuat," katanya dipetik.


Presiden DS Anwar mengadakan perbicangan bersama pimpinan KEADILAN Terengganu
Presiden DS Anwar mengadakan perbicangan bersama pimpinan KEADILAN Terengganu

Beliau yang juga Perdana Menteri menegaskan perkata itu ketika berucap pada program Mini Konvensyen KEADILAN Terengganu di Kuala Terengganu semalam.


Turut hadir pada konvensyen tersebut ialah Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Dr Fuziah Salleh, Naib Presiden Datuk Chang Lih Kang serta Ketua Penerangan, Datuk Fahmi Fadzil.


Sementara itu, Anwar dalam ucapannya turut menyeru anggota parti di Terengganu agar sentiasa menyampaikan maklumat jelas mengenai usaha dilaksana Kerajaan MADANI dalam memastikan kesejahteraan rakyat, terutama agenda membasmi kemiskinan.


Dalam perkembangan berkaitan, beliau ketika ditemui pemberita di konvensyen itu menegaskan komitmen berterusan kerajaan dalam meneliti langkah serta kaedah bersesuaian bagi menangani isu kenaikan harga barang keperluan dan bahan api yang sedang dialami ketika ini.

Menurut beliau, ketika ini beberapa langkah berbentuk rangsangan sudah pun dilaksanakan bagi meringankan beban orang ramai, antaranya pengekalan harga minyak pada paras RM1.99.


"Selain itu, bantuan diesel untuk sektor pengangkutan termasuk bas sekolah turut diberikan. Itu merupakan antara bentuk bantuan yang sedang dilaksanakan sekarang," jelasnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page