top of page

Terengganu tidak dipinggirkan: 14 projek pendidikan siap awal - Fadhlina

  • Writer: Azuan Ab Rahman
    Azuan Ab Rahman
  • 5 days ago
  • 1 min read
Fadhlina (tengah) dalam Majlis Penyerahan Perdana Projek Siap Mendahului Jadual JKR
Fadhlina (tengah) dalam Majlis Penyerahan Perdana Projek Siap Mendahului Jadual JKR

Kerajaan MADANI komited memastikan kemudahan pendidikan termasuk di negeri ditadbir pembangkang terus diberi keutamaan.


Sehubungan itu, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata sebanyak 14 projek pembangunan sekolah dan fasiliti pendidikan di Terengganu berjaya disiapkan lebih awal daripada jadual, membolehkan murid menikmati kemudahan baharu dengan lebih cepat.


"Pencapaian itu bukan sekadar kejayaan dari aspek pengurusan projek, sebaliknya memberi manfaat secara langsung kepada murid yang menunggu untuk menggunakan prasarana pendidikan baharu.


"Selalu kita dengar projek lewat beberapa bulan. Minta lanjutan masa. Atau ada yang akhirnya menjadi projek sakit.


"Di SMK Tok Jembal, kita bercakap pula tentang cerita yang sebaliknya.14 projek pembangunan pendidikan, kesemuannya siap mendahului jadual," katanya menerusi satu kenyataan.


Sementara itu, Fadhlina menegaskan bahawa dalam dunia pendidikan, masa yang dijimatkan bukan sekadar angka dalam jadual projek, sebaliknya ruang yang dipulangkan semula demi pembangunan anak-anak.


"Anak-anaknya bekerja keras. Guru-gurunya bekerja keras, maka akan menjadi tanggungjawab kita memastikan pembangunan fizikal pendidikan turut bergerak dengan kesungguhan yang sama," katanya.


Menerusi kenyataan sama beliau turut sambil merakamkan penghargaan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR), pasukan Kementerian Pendidikan (KPM) dan semua pihak yang terlibat dalam memastikan projek tersebut dapat disiapkan awal.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page