top of page

Berita


MP Pas, Wawasan keluar Dewan: 'Di luar mahu bahas RCI TH, dibawa fakta, lari'
Tindakan Ahli Parlimen (MP) Pas dan Wawasan meninggalkan Dewan Rakyat ketika penerangan mengenai Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji dibentangkan hari ini dianggap sebagai tindakan politik tidak matang. Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Mahfuz Omar berkata tindakan itu tidak mencerminkan kesungguhan untuk memperjuangkan kepentingan pendeposit Tabung Haji, khususnya ketika fakta dan penemuan laporan berkenaan sedang dijelaskan di dalam Dewan.

Suara Keadilan
Aug 112 min read


Tabung Haji pulih sebelum laporan RCI dibuka kepada rakyat - Dr Zulkifli
Proses pemulihan institusi yang dilaksanakan sejak beberapa tahun lalu berjaya meletakkan Lembaga Tabung Haji (TH) pada kedudukan kewangan yang jauh lebih kukuh sebelum laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung institusi itu didedahkan kepada umum. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dr Zulkifli Hasan (gambar) berkata, keputusan kerajaan untuk memberi ruang kepada TH melakukan pemulihan terlebih dahulu membolehkan institusi itu memperkukuh

Suara Keadilan
Aug 113 min read


BNM beri lima peringatan kepada TH tapi tidak diendah - Menteri Agama
Dr Zulkifli menerangkan secara terperinci mengenai kewangan TH di Dewan Rakyat Bank Negara Malaysia (BNM) memberi sekurang-kurangnya lima siri peringatan berhubung kedudukan kewangan dan tadbir urus Lembaga Tabung Haji (TH) termasuk mengenai ketidakpadanan antara aset dan liabiliti institusi itu, demikian kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hassan. Beliau berkata peringatan berkenaan dibuat kepada kepimpinan TH serta menteri yang bertanggung

Helmi Mohd Foad
Aug 113 min read


Pembangkang boikot sidang khas Dewan Rakyat RCI Tabung Haji
Ahli Parlimen pembangkang memboikot sidang khas Dewan Rakyat berhubung Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji (TH) hari ini. Keputusan itu dibuat selepas Ketua Whip, Datuk Seri Takiyuddin Hassan yang tampil membangkitkan Peraturan Mesyuarat agar sidang khas RCI Tabung Haji itu ditangguh susulan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjalani rawatan di hospital, ditolak Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul (gambar). "Bila PM mohon untuk mengadak

Redzuan Shamsudin
Aug 111 min read


Anwar hargai doa, ucapan sempena ulang tahun, ikuti bahas khas RCI TH
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang mendoakan kesejahteraan dan keafiatan beliau serta menyampaikan ucapan sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-79. Menurut kenyataan Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah, keadaan kesihatan Anwar kini semakin baik dan beliau akan meneruskan rawatan fisioterapi di bawah pemantauan pasukan pakar perubatan. "Alhamdulillah, keadaan kesihatan YAB Perdana Menter

Suara Keadilan
Aug 111 min read


Jangan lindungi kelemahan TH atas nama Melayu, lindungi pendeposit - Mahfuz
Kelemahan dalam pengurusan Lembaga Tabung Haji (TH) tidak seharusnya dilindungi atas nama mempertahankan maruah Melayu. Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Mahfuz Omar (gambar) berkata, pendedahan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) TH perlu dilihat sebagai usaha membetulkan kelemahan sistem dan memastikan kepentingan pendeposit terus dilindungi. "Apabila kita bercakap tentang kelemahan pengurusan Tabung Haji, ada pimpinan politik Melayu (pembangkang) kata

Suara Keadilan
Aug 102 min read


RCI Tabung Haji: Lakukan siasatan secara menyeluruh, telus - AMK
Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pusat menggesa dapatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung Tabung Haji (TH) disiasat secara menyeluruh, telus dan tanpa kompromi, selaras titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim. Naib Ketua AMK, Dr Mohammed Taufiq Johari (gambar) berkata, pihak penguat kuasa perlu menjejaki pihak yang bertanggungjawab hingga ke akar umbi, termasuk meneliti tiga isu utama yang dibangkitkan RCI. "Tiga isu paling kritikal ialah kelemahan tadbir urus dan c

Azuan Ab Rahman
Aug 101 min read


RCI Tabung Haji: YADIM desak tindakan undang-undang
Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkaitan dapatan Suruhanjaya Siasatan Diraja, (RCI) berkaitan Lembaga Tabung Haji (TH). Yang Dipertua YADIM, Datuk Dr Hasan Bahrom (gambar) menegaskan hasil RCI perlu diterjemahkan kepada tindakan jelas, termasuk memperbaiki kelemahan yang dikenal pasti serta tindakan sewajarnya sekiranya berlaku pelanggaran undang-undang. Langkah itu penting bagi memastikan amanah serta kepercaya

Azuan Ab Rahman
Aug 101 min read


RCI TH: Titah Agong siasatan menyeluruh, telus dijunjung - Dr Zulkifli
Dapatan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Lembaga Tabung Haji (TH) perlu dilanjutkan dengan siasatan secara menyeluruh, telus dan tanpa kompromi, selaras dengan titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dr Zulkifli Hasan (gambar) berkata, titah Seri Paduka Baginda itu mencerminkan kepentingan memelihara amanah serta keyakinan umat Islam terhadap institusi pengurusan haji dan kewangan Islam negara

Redzuan Shamsudin
Aug 91 min read


RCI TH: Jangan hanya pandai beretorik, siapa yang salah urus?
Semua pihak termasuk parti politik diseru supaya tidak menjadikan slogan membela Melayu dan Islam sebagai retorik politik apabila membincangkan isu tadbir urus Tabung Haji (TH). Menurut Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Kedah, Fitri Ismail (gambar), Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai TH telah memberi ruang kepada rakyat menilai sendiri pengurusan institusi berkenaan serta langkah yang perlu diambil untuk memperbaikinya. "Bertahun-tahun ada yang paling lantang

Redzuan Shamsudin
Aug 81 min read


RCI TH sangkal fitnah pembangkang aset dijual kepada bukan Islam
Pendedahan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Tabung Haji disifatkan telah menamatkan fitnah Pas dan Umno pada 2019 berhubung dakwaan kerajaan Pakatan Harapan (PH) 1.0 menjual aset Tabung Haji kepada pihak bukan Islam. Ketua Cabang KEADILAN Pontian, Haniff Hosman berkata, laporan RCI secara jelas mendedahkan isu sebenar yang membelenggu Tabung Haji iaitu kelemahan tadbir urus dan pengurusan pada era pentadbiran BN yang diterajui pemimpin Umno, bukannya penjual

Sidiqin Omar
Aug 72 min read


RCI TH: Reformasi institusi jangan terhenti pada pendedahan, giatkan pemantauan
Reformasi institusi tidak boleh terhenti setakat pendedahan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Lembaga Tabung Haji (TH). Menurut Ketua Penerangan Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Terengganu, Aiman Wan Alias, dapatan RCI TH menunjukkan terdapat kelemahan dalam aspek pengurusan, pengawasan dan proses membuat keputusan yang memberi kesan besar kepada kedudukan TH. Oleh itu, katanya, KEADILAN Terengganu mengesyorkan pelaksanaan syor RCI dipantau secara terbuka mela

Redzuan Shamsudin
Aug 72 min read


Mengapa Umno hanya akui kegagalan tadbir urus TH selepas PRN N Sembilan?
Pengakuan terbuka ikon Umno, Khairy Jamaluddin mengenai kegagalan tadbir urus Tabung Haji (TH), khususnya kenapa perkara itu tidak dijelaskan oleh Umno-BN kepada rakyat ketika kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan perlu dipersoalkan. Menurut Timbalan Ketua Pemuda AMANAH Nasional, Danial Al-Rashid (gambar), jika wujud kegagalan tadbir urus dalam institusi TH, rakyat sepatutnya diberikan penjelasan secara terbuka tanpa mengira musim pilihanraya atau tidak. "Kenyataan

Suara Keadilan
Aug 72 min read


Umno perlu akui kegagalan urus tadbir Tabung Haji, kata Khairy, Shahril
Khairy Jamaluddin dalam poscat Keluar Sekejap. Kredit foto: FB Keluar Sekejap Umno perlu mengakui secara terbuka kegagalan dalam aspek urus tadbir dan tata kelola Lembaga Tabung Haji (TH) susulan pendedahan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai badan berkanun itu baru-baru ini. Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata pendekatan mengakui kelemahan dan kesilapan lampau akan memberi gambaran bahawa parti itu benar-benar bersedia melakukan perubahan serta

Helmi Mohd Foad
Aug 62 min read


Siasatan pendedahan RCI TH bukti PH pertahan kepentingan Melayu
Pendedahan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Tabung Haji (TH) serta tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memulakan siasatan terhadap dapatan laporan itu membuktikan kesungguhan kerajaan Pakatan Harapan (PH) membanteras salah laku dalam institusi yang menguruskan aset orang Melayu. Ketua Cabang KEADILAN Pengerang, Faizul Abdul Ghani berkata, penubuhan RCI Tabung Haji merupakan kesinambungan perjuangan yang telah diperjuangkan pemimpin PH seja

Sidiqin Omar
Aug 62 min read


Jika BN-PN bela Melayu, Tabung Haji telah lama dipulihkan - Fakharuddin
Kerajaan Perikatan Nasional (PN) melepaskan peluang untuk menyelesaikan isu Tabung Haji ketika mentadbir negara dari tahun 2020 hingga 2022, walaupun pelbagai persoalan mengenai pengurusan institusi itu telah didedahkan sejak era pentadbiran Pakatan Harapan (PH) 1.0 pada 2018-2020. Ketua Cabang KEADILAN Tenggara, Fakharuddin Moslim (gambar) berkata, isu berkaitan kedudukan kewangan dan tadbir urus Tabung Haji bukanlah perkara baharu kerana ia telah dibangkitkan ketika PH men

Sidiqin Omar
Aug 52 min read


Siasatan RCI TH: SPRM reman dua individu dakwaan rasuah jutaan ringgit
Siasatan khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) susulan pendedahan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji mula menunjukkan perkembangan apabila dua individu direman bagi membantu siasatan dua kes berasingan membabitkan dakwaan rasuah dan penyelewengan kontrak bernilai jutaan ringgit. Kedua-dua tangkapan itu adalah yang pertama dibuat oleh pasukan khas SPRM bagi menyemak serta meneliti penemuan dalam Laporan RCI Tabung Haji yang didedahkan kepada umu

Suara Keadilan
Aug 42 min read


Laporan RCI Tabung Haji: SEKPUR lapor polis, desak tindakan tegas
Mustapa Mansor dan anggota SEKPUR membuat laporan polis di IPD Dang Wangi pagi tadi Semua pihak yang didapati terlibat dalam sebarang salah laku berkaitan Tabung Haji (TH) sebagaimana didedahkan melalui laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) baru baru ini perlu dipertanggungjawabkan tanpa mengira latar belakang atau parti politik, kata Pengerusi Sekretariat Gerak Gempur Media Sosial Rakyat (SEKPUR), Mustapa Mansor Amer Mohd Isa. Beliau berkata, prinsip ketelusan dan tadbir

Redzuan Shamsudin
Aug 33 min read


RCI TH: Jangan main 'tai chi' tiada perkataan 'sakau', dakwaan jenayah tetap wujud
Pihak yang sengaja 'bermain tai chi' dengan memfokuskan kepada ketiadaan perkataan ‘sakau’ dan ‘samun’ dalam Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji (TH) amat dikesalkan. Menurut Ahli Dewan Negeri (ADN) Kajang, David Cheong Kian Young biarpun laporan RCI tidak menjurus seratus peratus kepada penyelewengan namun terdapat ayat dalam laporan itu mengesyorkan siasatan jenayah serta audit forensik dilakukan. Hakikatnya, beliau berkata, rakyat tidak menunggu sama ada

Akmal Manaf
Aug 22 min read


RCI TH: 'Laporan tidak sebut DAP ambil aset orang Islam'
Pemimpin pembangkang pada 2019 yang mentohmah kerajaan Pakatan Harapan 1.0 kononnya cuba mengambil aset orang Islam apabila beberapa anak syarikat Tabung Haji (TH) dipindah ke Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) di bawah Kementerian Kewangan yang ditadbir Lim Guan Eng, seharusnya dipersoalkan oleh penyokong masing masing selepas Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji tidak mencatat sebaris ayat pun berkenaan campur tangan ahli politik DAP dalam TH. Penyelaras Dewan

Akmal Manaf
Aug 22 min read
bottom of page
