top of page

Anwar hargai doa, ucapan sempena ulang tahun, ikuti bahas khas RCI TH

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 3 hours ago
  • 1 min read

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang mendoakan kesejahteraan dan keafiatan beliau serta menyampaikan ucapan sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-79.


Menurut kenyataan Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah, keadaan kesihatan Anwar kini semakin baik dan beliau akan meneruskan rawatan fisioterapi di bawah pemantauan pasukan pakar perubatan.


"Alhamdulillah, keadaan kesihatan YAB Perdana Menteri semakin baik dan beliau akan terus menjalani rawatan fisioterapi di bawah pemantauan pasukan pakar perubatan," katanya dalam kenyataan media.


Dalam pada itu, Anwar turut memohon maaf kerana tidak dapat hadir pada Sidang Khas bagi membahaskan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji.


Beliau bagaimanapun akan mengikuti perkembangan perbahasan berkenaan secara dekat bagi memastikan amanah terhadap institusi umat Islam itu terus dipelihara.


"Pada masa sama, YAB Perdana Menteri turut memohon maaf kerana tidak dapat bersama dalam Sidang Khas bagi membahaskan Laporan RCI Tabung Haji dan mendoakan agar persidangan berjalan lancar.


"Beliau akan mengikuti perbahasan secara dekat demi memastikan amanah institusi umat Islam ini terus dipelihara," katanya.


Anwar turut menyampaikan penghargaan kepada seluruh rakyat dan semua pihak yang mengambil berat mengenai keadaan kesihatan beliau serta menitipkan doa untuk kesejahteraannya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page