top of page

Tok Man serah borang pencalonan diiringi ratusan penyokong

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
50 minutes ago
1 min read
Datuk Azman (berbaju Melayu) diiringi para penyokong dan Naib Presiden KEADILAN DS Amirudin
Datuk Azman (berbaju Melayu) diiringi para penyokong dan Naib Presiden KEADILAN DS Amirudin

Calon Pakatan Harapan, Datuk Azman Abidin atau lebih mesra dipanggil Tok Man hari ini tiba di pusat penamaan calon DUN Paya Rumput di Ballroom Stadium Hang Jebat kira kira pukul 8.20 pagi.


Azman yang juga Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim diarak lebih 300 penyokong diiringi tarian singa.

Datuk Azman di dalam dewan pencalonan
Datuk Azman di dalam dewan pencalonan

Di luar Ballroom Stadium Hang Jebat penyokong parti politik yang bertanding mula memenuhi pekarangan pusat penamaan calon seawal jam 8 pagi. Mereka bersorak, melaungkan slogan serta kibaran bendera untuk menyokong calon masing-masing.


Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 14 November ini sebagai hari pengundian Pilihan Raya Negeri Melaka, manakala pengundian awal pada 10 November.


Untuk rekod, Datuk Azman merupakan anak jati Melaka. Keluarganya berasal dari Kuala Sungai Baru. Beliau mempunyai keluarga besar di Melaka dan sering pulang kampung, khususnya sekitar Kuala Linggi dan Masjid Tanah berhampiran Paya Rumput.


Azman mendapat pendidikan menengah di SMK Rahmat, Kuala Sungai Baru, Melaka.


Beliau turut memperoleh kelayakan Professional Master in Business Administration (PMBA) daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pada 2023.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page