top of page

RCI TH: Jangan hanya pandai beretorik, siapa yang salah urus?

Writer: Redzuan Shamsudin
Redzuan Shamsudin
Aug 8
1 min read

Semua pihak termasuk parti politik diseru supaya tidak menjadikan slogan membela Melayu dan Islam sebagai retorik politik apabila membincangkan isu tadbir urus Tabung Haji (TH).


Menurut Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Kedah, Fitri Ismail (gambar), Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai TH telah memberi ruang kepada rakyat menilai sendiri pengurusan institusi berkenaan serta langkah yang perlu diambil untuk memperbaikinya.


"Bertahun-tahun ada yang paling lantang melaungkan kononnya ‘demi Melayu, demi Islam’.


"Tetapi apabila amanah jutaan pendeposit Tabung Haji dipersoalkan, slogan tidak lagi mencukupi. RCI membuka ruang untuk rakyat menilai sendiri bagaimana institusi penting umat Islam ini diurus dan apa yang perlu diperbaiki,” katanya dalam kenyataan.


Menurut Fitri, usaha membela kepentingan Melayu dan Islam tidak seharusnya hanya diterjemahkan melalui ucapan atau permainan sentimen.


Beliau turut mempersoalkan sikap pihak yang yang menjadi kerajaan sebelum ini membiarkan kelemahan berlaku ketika mempunyai kuasa, tetapi menggunakan sentimen Melayu-Islam apabila diminta bertanggungjawab terhadap salah urus TH.


"Jangan ketika berkuasa, kelemahan dibiarkan.


"Bila diminta bertanggungjawab, sentimen pula dijadikan perisai," katanya.


Fitri menegaskan pengurusan amanah pendeposit TH perlu berteraskan integriti dan akauntabiliti, bukannya retorik politik.


"Amanah tidak perlukan retorik. Amanah perlukan integriti dan akauntabiliti," katanya lagi.

1 Comment


dusin1988
Sep 02

When your current presentation software feels limiting, it helps to see what else is out there. This guide does a solid job of comparing different options based on their features and ease of use. Whether you need more templates or better collaboration tools, the comparisons are practical. Check the full list of options at this address.

Like

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page