top of page

Berita


Subsidi elektrik 800kWj harus diteruskan selepas Disember jika rakyat masih terbeban
Perlindungan subsidi bil elektrik kepada pengguna domestik wajar terus dinilai dan dipertimbangkan selepas 31 Disember ini sekiranya tekanan kos sara hidup masih dirasai rakyat. Pengarah Strategi KEADILAN Selangor, Mohd Yahya Mat Sahri berpandangan tarikh 31 Disember itu tidak seharusnya dilihat sebagai noktah terhadap inisiatif berkenaan, sebaliknya boleh menjadi tempoh semakan. Pada masa sama, beliau berpendapat, dasar perlindungan rakyat perlu terus dinilai berdasarkan kea

Akmal Manaf
3 days ago2 min read


Kerajaan benar pindah kelayakan BUDI Diesel kepada pengguna kenderaan
Kerajaan bersetuju memperluaskan kemudahan pemindahan kelayakan BUDI MADANI Diesel (Budi Diesel) bermula semalam. Kementerian Kewangan (MoF) memaklumkan, pemilik berdaftar kenderaan diesel persendirian milik individu yang layak di bawah BUDI Diesel, kini boleh memindahkan kelayakan kepada individu yang benar-benar menggunakan kenderaan tersebut. "Sebelum ini, pemindahan kelayakan hanya dibenarkan kepada ahli keluarga terdekat. Penerima yang diluluskan akan mendapat kelayakan

Akmal Manaf
4 days ago2 min read


Tidak perlu mansuhkan BUDI Diesel, petrol, baiki mekanisme agihan
Kerajaan tidak perlu memansuhkan BUDI Diesel dan subsidi petrol bersasar, sebaliknya memperbaiki mekanisme pelaksanaannya terutama bagi memastikan keperluan rakyat Sabah yang banyak bergantung kepada kenderaan diesel diambil kira, kata Zaidi Jatil. Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Sabah itu berkata, majoriti rakyat di negeri itu bergantung kepada kenderaan sendiri, termasuk pikap dan kenderaan diesel untuk bekerja, berniaga, mengangkut hasil pertanian serta mencari rezeki.

Akmal Manaf
7 days ago2 min read


RM40 bilion subsidi minyak: Harga RON95 paling rendah di dunia - PM
Malaysia masih mampu mengekalkan bekalan RON95 dan diesel serta harga RON95 antara yang terendah di dunia ketika negara berdepan krisis tenaga global namun kelebihan itu datang dengan kos besar apabila kerajaan membelanjakan kira-kira RM40 bilion bagi subsidi bahan api. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata keadaan Malaysia ketika ini jauh lebih baik berbanding beberapa negara jiran yang berdepan kekurangan bekalan sehingga pengguna terpaksa beratur panjang untuk m

Helmi Mohd Foad
Sep 83 min read


Tingkat kuota BUDI95, BUDI Diesel ringankan kos hidup rakyat Sabah, Sarawak
Peningkatan kuota subsidi BUDI95 daripada 200 liter kepada 300 liter sebulan serta BUDI Diesel daripada 300 liter kepada 400 liter sebulan disifatkan sebagai langkah bermakna khususnya bagi rakyat di Sabah dan Sarawak. Timbalan Ketua Cabang KEADILAN Sibuti, Zulhaidah Suboh berkata, langkah berkenaan yang berkuat kuasa 1 September 2026 amat tepat pada masanya, terutama bagi penduduk yang berdepan cabaran geografi dan jarak perjalanan jauh. "Kami mengalu-alukan dan menyambut ba

Suara Keadilan
Sep 11 min read


Kenaikan kuota BUDI95 legakan rakyat, perkasa anak muda – David Cheong
Keputusan kerajaan menaikkan semula kuota asas subsidi petrol RON95 di bawah BUDI MADANI RON95 (BUDI95) daripada 200 liter kepada 300 liter sebulan disifatkan sebagai langkah yang melegakan beban rakyat, khususnya golongan yang bergantung kepada kenderaan untuk urusan harian. Ahli Dewan Negeri Kajang, David Cheong berkata, pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena Amanat Perdana Hari Kebangsaan 2026 itu membuktikan keprihatinan Kerajaan MADANI dalam mendeng

Suara Keadilan
Aug 312 min read


LKIM beri amaran, tak kompromi ketirisan diesel bersubsidi
Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) memberi amaran akan mengambil tindakan tegas terhadap persatuan nelayan yang terbabit dengan ketirisan diesel bersubsidi. Pengerusinya, Muhammad Faiz Fadzil berkata pihaknya tidak akan berkompromi dengan penyelewengan dan mahu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengambil tindakan undang-undang sewajarnya. Justeru, persatuan nelayan yang mengurus penjualan diesel perlu mematuhi sepenuhnya SOP ditetapkan bagi mem

Suara Keadilan
Aug 231 min read


Subsidi bahan api perlu berasaskan keperluan rakyat - KEADILAN Sabah
KEADILAN Sabah menyambut baik kesediaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk terus menilai keperluan subsidi bahan api yang berbeza bagi Sabah dan Sarawak, selaras dengan realiti geografi serta sosioekonomi kedua-dua wilayah berkenaan. Ketua Penerangan KEADILAN Sabah, Ahmad Farid Sainuri berkata, pendekatan Ekonomi Berasaskan Keperluan (Needs-Based Economy) perlu dijadikan asas dalam menentukan kuota subsidi bahan api bagi rakyat Sabah. "Kesediaan ini penting keran

Suara Keadilan
Aug 202 min read


AMK Sabah sokong cadangan tingkat kuota subsidi diesel
Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Sabah menyokong cadangan supaya Kerajaan Persekutuan mempertimbangkan peningkatan kuota subsidi diesel khususnya bagi penerima yang layak di Sabah. Ketuanya Zaidi Jatil (gambar) berkata, cadangan wakil pembahas Sabah, Junaidah Makku pada Kongres Nasional KEADILAN di Melaka itu membawa suara dan realiti kehidupan sebenar rakyat Sabah. "Sabah mempunyai keluasan geografi, bentuk muka bumi dan jaringan perhubungan yang berbeza berbanding kebanyakan ka

Azuan Ab Rahman
Aug 171 min read


Syarikat kecil: Kerajaan lulus kuota diesel bersubsidi 300 liter sebulan
Kerajaan MADANI meluluskan pemberian kuota diesel bersubsidi sebanyak 300 liter sebulan kepada syarikat kecil dan kontraktor tempatan di Malaysia Timur. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, pemberian itu sebagai langkah meringankan kos operasi golongan tersebut susulan pelaksanaan penyasaran subsidi diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan. "Golongan ini menggunakan kenderaan diesel bagi mengendalikan perniagaan kecil masing-masing,

Suara Keadilan
Jul 191 min read


Kerajaan MADANI jamin subsidi, bantuan rakyat terus kekal
Kerajaan MADANI memberi jaminan tidak akan mengurangkan pemberian subsidi termasuk bantuan yang sedang disalurkan kepada rakyat. Timbalan Menteri Kewangan, Liew Chin Tong berkata pendirian itu kekal meskipun berdepan keadaan ketidaktentuan ekonomi global. "Kerajaan tidak akan mengurangkan apa jua subsidi atau bantuan sedia ada. Itulah pendirian kerajaan pada ketika ini," katanya di Dewan Rakyat pada Rabu. Mengulas lanjut beliau berkata, konflik di Asia Barat telah memberi tek

Suara Keadilan
Jul 161 min read


Mansuh BUDI95: Kritikan Onn Hafiz tidak wajar - Sheikh Umar
Desakan agar Kerajaan Persekutuan memansuhkan kuota bulanan BUDI95 ditempelak pemimpin DAP Johor. Naib Pengerusi DAP Johor, Senator Sheikh Umar Bagharib Ali (gambar) berkata kenyataan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata beliau tidak bersetuju dengan kritikan yang disifatkannya tidak menggambarkan keseluruhan fakta mengenai pelaksanaan BUDI95. "Saya kesal dengan kenyataan Onn Hafiz Ghazi yang semakin ghairah menyerang dasar-dasar Kerajaan Madani sehingga sanggup

Suara Keadilan
Jul 72 min read


Mekanisme subsidi diesel perlu diperbaiki elak golongan tertentu tercicir
Pelaksanaan subsidi diesel bersasar perlu dikaji semula bagi memastikan rakyat yang benar-benar layak tidak tercicir daripada menerima manfaat subsidi. Menurut Ahli Dewan Negara, Senator Abun Sui Anyit (gambar), terdapat beberapa isu dalam pelaksanaan semasa yang menyebabkan sebahagian rakyat Malaysia khususnya di Sabah dan Sarawak, terpaksa membeli diesel pada harga pasaran walaupun mereka merupakan golongan yang sepatutnya menikmati subsidi kerajaan. "Saya ingin menarik per

Suara Keadilan
Jul 42 min read


700,000 pemilik kenderaan diesel nikmati BUDI MADANI Diesel hari ini
Sebanyak kira-kira 700,000 pemilik kenderaan diesel persendirian di Malaysia menikmati penjimatan ketara apabila pelaksanaan BUDI MADANI Diesel bermula hari ini yang membolehkan mereka membeli diesel pada harga subsidi RM2.10 seliter berbanding harga pasaran RM3.97 seliter. Kementerian Kewangan (MOF) dalam satu kenyataan memaklumkan, pelaksanaan tersebut merupakan peluasan ketara berbanding BUDI Diesel Individu sebelum ini yang hanya melibatkan kira-kira 180,000 penerima bant

Akmal Manaf
Jul 12 min read


Kerajaan perluas Budi Madani Diesel kepada peniaga kecil
Datuk Arizan dalam Program Turun Padang bersempena Pelaksanaan Budi Madani Diesel Pelaksanaan subsidi diesel menerusi Budi Madani Diesel (BUDI Diesel) akan diperluas kepada peniaga kecil yang memiliki kenderaan diesel jenis jip dan pikap yang didaftarkan atas nama syarikat. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, jemaah Menteri sudah mempersetujui perluasan itu bagi memastikan golongan peniaga kecil turut menikmati manfaat berkenaa

Suara Keadilan
Jun 282 min read


Penurunan harga diesel beri manfaat sektor perniagaan, kontraktor kecil
Keputusan Kerajaan MADANI menurunkan harga diesel bersubsidi membuktikan hasil reformasi ekonomi kini diterjemahkan kepada manfaat yang dapat dirasai rakyat, termasuk warga Kajang yang bergantung kepada sektor perniagaan dan pengangkutan untuk menjana pendapatan. Ahli Dewan Negeri (ADN) Kajang, David Cheong Kian Young berkata, penurunan harga bahan api itu sememangnya memberikan kesan positif kepada ramai pengusaha perniagaan kecil, kontraktor, syarikat logistik, pembekal mak

Akmal Manaf
Jun 261 min read


Subsidi tambang RM30 Selangor dua fasa, 50,000 rakyat nikmati manfaat
Inisiatif subsidi tambang pengangkutan awam sebanyak RM30 sebulan di Selangor akan dilaksanakan secara berperingkat menerusi dua fasa bermula Jun ini bagi membantu meringankan kos mobiliti rakyat. Memetik Soalan Lazim (FAQ) yang dikeluarkan Rantaian Mesra Sdn Bhd (RMSB) selaku agensi pelaksana, Fasa 1 yang bermula pertengahan Jun melibatkan perkhidmatan Respons Permintaan Transit (DRT) menerusi platform Kumpool. Fasa 2 pula dijangka bermula pertengahan September dengan skop d

Helmi Mohd Foad
Jun 252 min read


Reformasi subsidi diesel pastikan golongan sasar mendapat manfaat optimum
Pendekatan reformasi subsidi yang dilaksanakan Kerajaan MADANI bukan bertujuan membebankan rakyat, sebaliknya membolehkan penjimatan digunakan semula untuk memperkukuh perlindungan sosial, meningkatkan bantuan kepada golongan yang memerlukan serta memastikan bantuan dinikmati oleh mereka yang benar-benar layak. Timbalan Menteri Perpaduan Negara, Yuneswaran Ramaraj berkata keputusan kerajaan menetapkan harga diesel bersubsidi pada RM2.10 seliter berkuat kuasa mulai Julai ini m

Helmi Mohd Foad
Jun 222 min read


Kerajaan turunkan harga diesel bersubsidi RM2.10 mulai Julai 2026
Kerajaan Madani mengumumkan penurunan harga diesel bersubsidi kepada RM2.10 seliter berkuat kuasa Julai 2026, sebagai sebahagian daripada pembaharuan penyasaran subsidi bahan api. Menurut kenyataan Kementerian Kewangan, langkah yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu majlis di Bintulu, Sarawak hari ini dijangka bakal mengurangkan beban pembelian bahan api kepada pemilik kenderaan berenjin diesel. "Kerajaan Madani akan menurunkan harga diesel be

Redzuan Shamsudin
Jun 211 min read


Subsidi minyak masak: Sejak eCOSS wujud 179 syarikat dinyahaktifkan
Sebanyak 179 syarikat telah dinyahaktifkan daripada sistem Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (eCOSS) kerana pelanggaran syarat. Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Fuziah Salleh berkata, pihaknya merekodkan 13,354 aduan pada tahun 2024, diikuti 5,320 aduan pada tahun 2025 selepas aplikasi mudah alih eCOSS diperkenalkan. "Sejak eCOSS diperkenalkan, sebanyak 179 syarikat dinyahaktifkan daripada sistem selepas didapati melanggar syarat d

Azuan Ab Rahman
Jun 131 min read
bottom of page
