top of page

Tingkat kuota BUDI95, BUDI Diesel ringankan kos hidup rakyat Sabah, Sarawak

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 1 hour ago
  • 1 min read

Peningkatan kuota subsidi BUDI95 daripada 200 liter kepada 300 liter sebulan serta BUDI Diesel daripada 300 liter kepada 400 liter sebulan disifatkan sebagai langkah bermakna khususnya bagi rakyat di Sabah dan Sarawak.


Timbalan Ketua Cabang KEADILAN Sibuti, Zulhaidah Suboh berkata, langkah berkenaan yang berkuat kuasa 1 September 2026 amat tepat pada masanya, terutama bagi penduduk yang berdepan cabaran geografi dan jarak perjalanan jauh.


"Kami mengalu-alukan dan menyambut baik pengumuman Perdana Menteri berkenaan peningkatan kuota subsidi BUDI95 daripada 200 liter kepada 300 liter sebulan, dan BUDI Diesel daripada 300 liter kepada 400 liter sebulan, berkuat kuasa 1 September 2026," katanya dalam kenyataan.


Beliau berkata, peningkatan kuota itu amat bermakna kepada rakyat Sabah dan Sarawak yang mempunyai kebergantungan tinggi kepada kenderaan persendirian serta diesel, khususnya di kawasan pedalaman.


Menurutnya, keputusan kerajaan itu bukan sahaja membantu meringankan beban kos sara hidup, malah membuktikan komitmen Kerajaan MADANI dalam mendengar dan memahami keperluan rakyat di seluruh negara termasuk masyarakat luar bandar.


"Langkah ini amat bermakna dan tepat pada masanya, terutamanya bagi rakyat di Sabah dan Sarawak yang selama ini menghadapi cabaran geografi, jarak perjalanan jauh, serta kebergantungan tinggi kepada kenderaan persendirian dan diesel di kawasan pedalaman," katanya.


Zulhaidah turut merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri dan Kerajaan MADANI atas keprihatinan tersebut.


"Keputusan kerajaan Perpaduan ini bukan sahaja meringankan beban kos sara hidup rakyat, malah menunjukkan komitmen jelas Kerajaan MADANI dalam mendengar dan memahami keperluan rakyat di seluruh negara, termasuk di luar bandar.


"Semoga langkah ini menjadi pemangkin kepada kesejahteraan dan kemakmuran yang dinikmati bersama," katanya lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page