Rafizi menteri gagal: "Masa jadi menteri apa kamu buat?" - Ramanan


Naib Presiden KEADILAN, Datuk Seri R Ramanan mempersoalkan tindakan aktivis Parti Bersama, Rafizi Ramli yang membangkitkan isu berkaitan mafia korporat dengan meminta bekas menteri itu menjelaskan tindakan yang diambil ketika beliau masih berkuasa dalam kerajaan.
Beliau berkata, tanggungjawab seorang menteri adalah untuk berkhidmat kepada rakyat dan membina negara bukan hanya mengkritik semberono.
"Kenapa saya cakap dia (Rafizi) menteri gagal? Tugas anda sebagai seorang menteri adalah untuk berkhidmat kepada masyarakat.
"Masa ‘you’ ada kuasa sebagai menteri (dulu), apa ‘you’ buat?
"You duduk diam-diam, you tak buat apa apa," dakwanya ketika ditanya pemberita mengenai isu berkenaan.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Apresiasi Perkhidmatan Warga KESUMA di ibu negara hari ini.
Terdahulu, Ramanan dilapor mencabar Rafizi mengemukakan bukti berhubung dakwaan beliau menerima sejumlah dana daripada seorang ahli perniagaan.
Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan menolak dakwaan seorang menteri menerima RM9.5 juta daripada ahli perniagaan, sambil menyifatkannya sebagai kenyataan politik yang tidak disertakan bukti dan memaklumkan tindakan undang-undang telah diambil berhubung perkara itu.




Comments