top of page

Berita


KEADILAN Sarawak kekal kukuh, perjuangan tidak terjejas - Roland
Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Sarawak menegaskan bahawa perjuangan parti di negeri itu kekal utuh meskipun timbul perkembangan politik dalaman termasuk laporan mengenai pengambil alihan parti oleh bekas Timbalan Presiden KEADILAN, Datuk Seri Rafizi Ramli. Naib Presiden KEADILAN, Roland Engan (gambar) berkata, dinamika politik yang berlaku sejak 2020 hingga kini dalam siri pengkhianatan dalaman tidak menjejaskan komitmen parti memperjuangkan agenda rakyat di Sarawak. "Perju

Redzuan Shamsudin
May 181 min read


PH konsisten tunai MA63, pencapaian Kerajaan Madani perlu diwar warkan
Pakatan Harapan (PH) tidak pernah mengetepikan isu Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dalam setiap siri pilihanraya di Sabah dan Sarawak, malah terus menjadikannya antara teras utama manifesto sejak sebelum menjadi kerajaan. Wakil PH Sabah ke Konvensyen PH 2026, Datuk Mustapha Sakmud (gambar) berkata, pelbagai pencapaian berkaitan MA63 telah pun direalisasikan, termasuk usaha memperkasakan pengiktirafan Hari Malaysia. "Kalau kita imbas sebelum kita jadi kerajaan, kita telah berj

Redzuan Shamsudin
May 172 min read


KEADILAN Hulu Rajang desak Long Busang, Sang Anau dikembali ke Daerah Belaga
Abun (tiga dari kiri) bersama barisan kepimpinan KEADILAN Hulu Rajang Mesyuarat Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Cabang Hulu Rajang semalam mengambil pendirian tegas menggesa agar kawasan Long Busang dan Sang Anau dikembalikan semula ke bawah pentadbiran Daerah Belaga demi kepentingan rakyat setempat. Ketua Cabang KEADILAN Hulu Rajang, Abun Sui Anyit berkata, perkara itu dibincangkan secara mendalam dalam mesyuarat yang berlangsung di Miri, melibatkan kepentingan penduduk di

Redzuan Shamsudin
May 171 min read


Tindakan pantas kerajaan tangani gangguan internet di rumah panjang dipuji
Bruce Yee (kiri) menunjukkan telefon bimbitnya telah berjaya mengakses internet KEADILAN Sarikei meneruskan komitmen membantu komuniti luar bandar apabila sekali lagi turun padang meninjau pemulihan rangkaian internet di lima rumah panjang sekitar SK Rentap, Sungai Baron yang terjejas hampir tiga minggu. Ketua Cabangnya, Bruce Yee Chin Kui berkata, lawatan susulan itu membuktikan kesungguhan pihaknya memastikan isu kebajikan rakyat, khususnya akses telekomunikasi tidak diping

Redzuan Shamsudin
May 142 min read


Pekebun, pengusaha Sarawak bimbang lori LRD tak dapat diesel bersubsidi
Bruce Yee (kiri) ketika melawat pejabat KPDN Cawangan Sarikei minggu lalu Golongan pekebun kecil, pengusaha logistik dan kontraktor di Sarawak berdepan kebimbangan terhadap pelaksanaan Skim Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) 2.0 susulan status lori jenis rigid dumper (LRD) yang didakwa tidak tersenarai dalam kategori kenderaan layak. Ketua Cabang KEADILAN Sarikei, Bruce Yee Chin Kui berkata, beliau menerima pelbagai aduan daripada pekebun sawit kecil, pemilik lori serta pengusa

Redzuan Shamsudin
May 112 min read


MCMC perlu selesai segera masalah telekomunikasi di Sungai Baron
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) digesa bertindak segera bagi menyelesaikan masalah gangguan liputan telekomunikasi yang berlarutan hampir dua minggu di lima rumah panjang di Sungai Baron, Sarikei, yang menjejaskan kira-kira 500 penduduk termasuk sebuah sekolah rendah. Gesaan itu disuarakan oleh Ketua Cabang KEADILAN Sarikei, Bruce Yee selepas mengadakan lawatan ke lima buah rumah panjang di kawasan Sungai Baron itu susulan aduan yang diterima daripada pe

Redzuan Shamsudin
May 52 min read


Tiada parti dari 'luar Sarawak', semua bebas bertanding dalam PRN - Roland
Naib Presiden KEADILAN, Roland Engan (gambar) menegaskan semua parti politik wajar diberi ruang untuk bersaing secara sihat dalam setiap pilihanraya, khususnya menjelang Pilihan Raya Negeri ke-13 (PRN13) Sarawak, selaras dengan prinsip demokrasi yang tidak menyekat penyertaan mana-mana pihak. Beliau berkata, semua parti politik bebas berjuang dengan slogan masing-masing tanpa mengira sama ada 'Sabah First', 'Sarawak First’, 'People First' dan sebagainya. "Pada saya, 'Justice

Akmal Manaf
Apr 212 min read


Persempadanan semula pilihanraya Sarawak perlu adil, seimbang - Abun
Sebarang proses persempadanan semula di Sarawak perlu dilaksanakan secara adil, seimbang dan berlandaskan Perlembagaan Persekutuan, demikian kata Senator Abun Sui Anyit. Ketua Cabang KEADILAN Hulu Rajang itu berkata, jika cadangan tersebut benar, adalah penting untuk memastikan bahawa sebarang proses persempadanan dilaksanakan secara telus, bebas dan berlandaskan prinsip yang telah ditetapkan di bawah Perlembagaan Persekutuan. Dalam konteks itu katanya, perhatian sewajarnya d

Akmal Manaf
Apr 182 min read


Cabaran berkuasa uji ketahanan KEADILAN, kembali kepada perjuangan asal
Cabaran memegang kuasa di peringkat Persekutuan menjadi ujian terbesar terhadap ketahanan dan keutuhan KEADILAN. Bagi Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Abang Zulkifli Abang Engkeh (gambar) , anggota parti seharusnya mengenang perjuangan pahit getir parti sejak 1998 pada ulang tahun ke 27 ini bagi mengekalkan jati diri. Beliau mengimbau hal itu usai Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) Batang Lupar minggu lalu. "Sejarah perjalanan parti sejak 27 tahun, kita dapati telah ba

Suara Keadilan
Apr 172 min read


Kerajaan perkukuh kesiapsiagaan APM di Sarawak - Mustapha
Kerajaan Persekutuan melihat kepentingan memperkukuh kesiapsiagaan, aset serta jaringan komuniti di seluruh Sarawak. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), Datuk Mustapha Sakmud (gambar) berkata, peranan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) di negeri itu sebagai barisan hadapan dalam pengurusan bencana akan diberi perhatian. "Saya agak tertarik dengan pendekatan APM Sarawak ini. Operasi APM Sarawak bukan sahaja tertumpu kepada usaha menyelamat, tetapi turu

Suara Keadilan
Apr 171 min read


Persempadanan semula Sarawak: PPDM sedia bantu proses bantahan
Persatuan Pemangkin Daya Masyarakat (PPDM) menjangkakan draf peta persempadanan semula kawasan pilihanraya di Sarawak akan dipamerkan dalam masa terdekat, sekali gus membuka ruang kepada proses bantahan awam. Menurut kenyataan PPDM, Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) dijangka mempamerkan draf berkenaan di semua Majlis Daerah di Sarawak, dengan jumlah kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) berpotensi meningkat kepada 99. "Proses bantahan persempadanan semula Sarawak (sempada

Redzuan Shamsudin
Apr 151 min read


Beri subsidi diesel untuk Sabah, Sarawak bukan pilih kasih - Jamawi
Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah, Datuk Jamawi Jaafar berkata, faktor geografi yang luas dan mencabar di wilayah tersebut menjadikan kenderaan berenjin diesel terutamanya pacuan empat roda sebagai keperluan utama penduduk berbanding di Semenanjung.

Suara Keadilan
Apr 101 min read


KEADILAN perlu bersiap hadapi PRN ke 13 Sarawak - Roland
Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) KEADILAN Miri baru-baru ini menyaksikan seruan tegas kepimpinan parti agar jentera bersiap siaga menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-13 Sarawak. Media KEADILAN Baram menerusi satu kenyataan memaklumkan, seruan itu disampaikan oleh Naib Presiden KEADILAN Malaysia merangkap Ketua Cabang KEADILAN Baram, Roland Engan (gambar) ketika menyampaikan ucaptama. "Tuan Roland Engan menjelaskan bahawa 'business' parti politik ialah pilihanraya. "

Akmal Manaf
Apr 71 min read


‘Satu negara, satu harga’: Hapuskan sistem Karbotaj di Malaysia Timur - Abun Sui
Sistem Kabotaj wajar dihapuskan sepenuhnya demi memastikan keseimbangan harga barangan di seluruh Malaysia khususnya di Sabah dan Sarawak, kata Abun Sui Anyit (gambar) . Ahli Dewan Negara itu berkata, realiti pada hari ini menunjukkan bahawa harga barangan di Sabah dan Sarawak masih relatif lebih tinggi berbanding di Semenanjung. Oleh itu katanya, keadaan tersebut tidak boleh dibiarkan berterusan kerana ianya memberi kesan langsung kepada kos sara hidup rakyat. Ujar Abun, lan

Akmal Manaf
Mar 302 min read


KEADILAN Sarikei beri bantuan air mineral, gesa Kerajaan Negeri salur bekalan air bersih
Bruce Yee (bertopi) bersama AMK menghulurkan bantuan air bersih kepada penduduk di rumah panjang KEADILAN Sarikei bersama sayap Wanita dan Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Sarawak tampil menghulurkan bantuan air mineral kepada penduduk rumah panjang di sekitar Jalan Sungai Mawang, Jalan Sungai Rusa dan Ulu Ribong yang berdepan krisis kekurangan air. Ketua Cabang KEADILAN Sarikei, Bruce Yee berkata, bantuan itu disalurkan selepas pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada pend

Redzuan Shamsudin
Mar 292 min read


Kekalkan subsidi bukti kerajaan prihatin keperluan unik Sabah, Sarawak
Langkah Kerajaan Persekutuan untuk mengekalkan subsidi diesel untuk Sabah dan Sarawak disambut baik Menteri Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mustapha Sakmud (gambar) . Jelasnya, meskipun kerajaan melaksanakan penyelarasan sementara subsidi bahan api bagi memastikan pengurusan fiskal negara lebih mampan dalam mendepani ketidaktentuan harga tenaga global, keputusan mengekalkan subsidi di Sabah dan Sarawak penting berdasarkan keunikan geografi serta cabaran infrastruktur yang diha

Azuan Ab Rahman
Mar 282 min read


Kekalkan subsidi diesel di Sabah, Sarawak pastikan pembangunan seimbang
Kerajaan MADANI mengekalkan subsidi pukal diesel di Sabah dan Sarawak sebagai langkah realistik dan berimbang, mencerminkan pengiktirafan terhadap jurang kos sara hidup dan cabaran geografi, sekali gus memastikan pembangunan negara berlangsung secara lebih inklusif tanpa meminggirkan mana-mana wilayah. Pemimpin KEADILAN Sarawak, Abun Sui Anyit berkata, di Borneo penggunaan kenderaan pacuan empat roda (4WD) bukanlah satu kemewahan tetapi satu keperluan asas, memandangkan masih

Akmal Manaf
Mar 262 min read


'Zero logging': Jangan bina jambatan untuk pembalak, industri sahaja
Dasar ‘zero logging’ perlu dipertimbangkan bagi memastikan pembinaan jambatan di Sarawak benar-benar memberi manfaat kepada rakyat, bukan sekadar memudahkan operasi syarikat pembalakan. Naib Presiden KEADILAN, Roland Engan (gambar) yang mencadangkan perkara itu berkata, tanpa dasar yang jelas, jambatan dibina berisiko menjadi laluan utama kepentingan industri, bukannya kemudahan asas yang sepatutnya dimanfaatkan penduduk setempat untuk akses pendidikan, kesihatan dan ekonomi

Akmal Manaf
Mar 262 min read


Kerajaan MADANI jamin bekalan barang asas Sabah, Sarawak mencukupi
Kerajaan MADANI komited untuk terus berusaha memastikan keperluan asas rakyat mencukupi terutama di Sabah dan Sarawak dalam menghadapi cabaran ekonomi semasa. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), Datuk Seri Mustapha Sakmud (gambar) berkata, langkah itu termasuk mengekalkan harga bahan api serta memastikan bekalan barangan asas kekal stabil agar rakyat tidak terbeban dengan peningkatan kos sara hidup. "Jadi kita harap ia akan semakin baik supaya kita tidak

Suara Keadilan
Mar 201 min read


PM mahu isu banjir, bekalan air di Sarawak segera diselesaikan
DS Anwar bertemu TS Abang Johari membincangkan isu pembangunan Sarawak Masalah banjir dan isu bekalan air di Sarawak perlu diselesaikan segera bagi memastikan kepentingan rakyat negeri itu terus terpelihara. Sehubungan itu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa beliau telah meminta Ketua Setiausaha Negara, Shamsul Azri Abu Bakar, bersama Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) mengambil pendekatan menyeluruh bagi menangani kedua-dua isu

Azuan Ab Rahman
Mar 141 min read
bottom of page
