top of page

Persempadanan semula Sarawak: PPDM sedia bantu proses bantahan

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • 3 minutes ago
  • 1 min read

Persatuan Pemangkin Daya Masyarakat (PPDM) menjangkakan draf peta persempadanan semula kawasan pilihanraya di Sarawak akan dipamerkan dalam masa terdekat, sekali gus membuka ruang kepada proses bantahan awam.


Menurut kenyataan PPDM, Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) dijangka mempamerkan draf berkenaan di semua Majlis Daerah di Sarawak, dengan jumlah kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) berpotensi meningkat kepada 99.


"Proses bantahan persempadanan semula Sarawak (sempadan baharu) bakal bermula dan proses ini cuma untuk 30 hari," kata kenyataan tersebut.


Sehubungan itu, PPDM menggalakkan orang ramai untuk mendapatkan maklumat terkini serta panduan berkaitan proses berkenaan melalui saluran komunikasi yang disediakan.


"Sekiranya DUN anda terjejas, PPDM akan membimbing semua persoalan untuk kita bersama-sama untuk mengemukakan bantahan terdapat semua ketidakpuasan hati atau ketidakadilan dalam kalangan masyarakat setempat," katanya.


Menurut PPDM, penyertaan aktif masyarakat amat penting bagi memastikan proses persempadanan dilaksanakan secara adil dan telus.


Bagi pengundi yang ingin membantah persempadanan semula itu PPDM menggalakkan mereka menyertai saluran WhatsApp pertubuhan tersebut di: https://chat.whatsapp.com/JBozNhPCCbz3FqxnHAtoh4?mode=gi_t

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page