KEADILAN Sarawak kekal kukuh, perjuangan tidak terjejas - Roland
- Redzuan Shamsudin

- 6 hours ago
- 1 min read

Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Sarawak menegaskan bahawa perjuangan parti di negeri itu kekal utuh meskipun timbul perkembangan politik dalaman termasuk laporan mengenai pengambil alihan parti oleh bekas Timbalan Presiden KEADILAN, Datuk Seri Rafizi Ramli.
Naib Presiden KEADILAN, Roland Engan (gambar) berkata, dinamika politik yang berlaku sejak 2020 hingga kini dalam siri pengkhianatan dalaman tidak menjejaskan komitmen parti memperjuangkan agenda rakyat di Sarawak.
"Perjuangan KEADILAN di Sarawak tidak terjejas walaupun banyak perkembangan politik dalaman parti sejak 2020 (Langkah Sheraton) sehingga ke perkembangan terbaharu semalam," katanya dalam satu kenyataan.
Menurut beliau, fokus utama KEADILAN di negeri itu kekal kepada usaha memperkukuh sokongan rakyat serta meneruskan agenda reformasi.
"Perjuangan tetap diteruskan," tegasnya.
Kenyataan itu hadir susulan laporan mengenai pengambil alihan Parti Bersama Malaysia oleh Rafizi yang akan menjadi wadah baharu kepada beliau dan para penyokongnya.
Roland menegaskan bahawa KEADILAN Sarawak akan terus bergerak ke hadapan tanpa terkesan dengan perkembangan tersebut.




Comments