top of page

KEADILAN perlu bersiap hadapi PRN ke 13 Sarawak - Roland

  • Writer: Akmal Manaf
    Akmal Manaf
  • 3 hours ago
  • 1 min read

Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) KEADILAN Miri baru-baru ini menyaksikan seruan tegas kepimpinan parti agar jentera bersiap siaga menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-13 Sarawak.


Media KEADILAN Baram menerusi satu kenyataan memaklumkan, seruan itu disampaikan oleh Naib Presiden KEADILAN Malaysia merangkap Ketua Cabang KEADILAN Baram, Roland Engan (gambar) ketika menyampaikan ucaptama.


"Tuan Roland Engan menjelaskan bahawa 'business' parti politik ialah pilihanraya.


"Beliau mengingatkan semua anggota Cabang KEADILAN Miri yang hadir di mesyuarat tersebut, tujuan utama KEADILAN ditubuhkan ialah untuk membina masyarakat yang adil serta negara yang progresif dan demokratik.

Roland berucap dalam MATC Miri
Roland berucap dalam MATC Miri

"Beliau menyuntik semangat kepada hadirin agar berani melangkah ke hadapan dan bertanding dalam PRN13 Sarawak yang akan datang," katanya.


Turut hadir, Timbalan Menteri Pelancongan dan Budaya yang juga Ahli Parlimen Miri, Chiew Choon Man; Ketua Wanita KEADILAN, Naib Ketua Cabang Baram, George Laeng dan Ahli Jawatankuasa Cabang Miri.


Untuk rekod, PRN Sarawak ke 13 boleh diadakan pada 2027 apabila memasuki tempoh lima tahun. Kali terakhir Sarawak mengadakan PRN adalah pada Disember 2021.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page