top of page

Kerajaan MADANI jamin bekalan barang asas Sabah, Sarawak mencukupi

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 hours ago
  • 1 min read

Kerajaan MADANI komited untuk terus berusaha memastikan keperluan asas rakyat mencukupi terutama di Sabah dan Sarawak dalam menghadapi cabaran ekonomi semasa.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), Datuk Seri Mustapha Sakmud (gambar) berkata, langkah itu termasuk mengekalkan harga bahan api serta memastikan bekalan barangan asas kekal stabil agar rakyat tidak terbeban dengan peningkatan kos sara hidup.


"Jadi kita harap ia akan semakin baik supaya kita tidak akan dapat kesan


"Kita harap tidak terkesan teruk daripada krisis peperangan (Asia Barat). Buat masa ini Kerajaan MADANI akan cuba untuk memastikan keperluan asas kita mencukupi.


.".. kita masih juga mengekalkan harga terutama petrol dan diesel ini terutama di Sabahuntuk pastikan supaya rakyat tidak terbeban dengan peningkatan kos yang agak mendadak sekarang," katanya dipetik.


Beliau ditemui selepas menghadiri 'Program Sumbangan Pembelian Baju Raya Untuk Murid Asnaf' anjuran Pejabat Ahli Parlimen Sepanggar di sebuah premis pakaian di Alam Mesra di Kota Kinabalu semalam.


Mengulas program tersebut, Mustapha berkata, ia memasuki siri ketiga itu dilaksanakan setiap tahun dengan pendekatan giliran melibatkan sekolah-sekolah terpilih dengan memberi keutamaan kepada golongan B40 termasuk yang tersenarai dalam sistem e-Kasih, anak yatim piatu serta pelajar daripada keluarga kurang berkemampuan.


Bagi tahun ini, seramai 50 murid daripada Sekolah Kebangsaan (SK) Gantisan dan SK Pengiran Siti Hafsah di Karambunai dipilih menyertai program tersebut pada tahun ini.


"Kita di Parlimen Sepanggar amat prihatin dengan mana-mana golongan yang amat memerlukan. Kita tidak mahu ada anak-anak yang tercicir tidak dapat menikmati kegembiraan Hari Raya disebabkan masalah-masalah ketidakmampuan," katanya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page