top of page

Beri subsidi diesel untuk Sabah, Sarawak bukan pilih kasih - Jamawi

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 9 hours ago
  • 1 min read

Keputusan kerajaan MADANI mengekalkan subsidi diesel pada kadar RM2.15 seliter di Sabah, Sarawak dan Labuan bukan langkah 'pilih kasih', sebaliknya bagi memenuhi keperluan mendesak sosio ekonomi di wilayah berkenaan.


Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah, Datuk Jamawi Jaafar berkata, faktor geografi yang luas dan mencabar di wilayah tersebut menjadikan kenderaan berenjin diesel terutamanya pacuan empat roda sebagai keperluan utama penduduk berbanding di Semenanjung.


"Diesel juga merupakan nadi pergerakan utama rakyat marhaen, dengan pengangkutan darat mahupun air menggunakan bahan bakar itu untuk menghubungkan kawasan pedalaman ke pusat bandar terutama bagi membawa barang keperluan harian.


"Keputusan kerajaan Persekutuan mengekalkan subsidi bahan api terbabit di negeri ini amat bertepatan dan wajar difahami oleh seluruh masyarakat luar," katanya dipetik.


Jamawi yang juga Ahli Dewan Negeri (ADN) Melalap sementara itu mengingatkan penduduk di negeri ini supaya sentiasa menggunakan kemudahan subsidi tersebut secara berhemah dan bekerjasama mengelakkan penyelewengan


Sementara itu jelasnya, bagi melindungi kelangsungan pemain industri makanan pula, pihaknya kini giat berunding dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bagi memastikan petani kecil di Sabah tidak tercicir daripada manfaat subsidi berkenaan.


Dalam usaha mendepani kenaikan kos operasi akibat ketidaktentuan harga pasaran baja kimia semasa pula, petani amat digalakkan untuk beralih kepada penggunaan baja kompos yang lebih kos efektif.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page