top of page

Berita


PH - BN - GRS bawa dinamika politik baharu demi masa depan Sabah
Oleh: Helmi Foad Perubahan dinamika politik baharu melibatkan Pakatan Harapan (PH), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Barisan Nasional (BN) yang diterjemahkan melalui Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri ke-17 Sabah pada hujung bulan ini mampu membina masa depan yang lebih baik bagi rakyat negeri itu. Timbalan Setiausaha Agung KEADILAN, Aidi Amin Yazid (gambar) berkata, kesepakatan ketiga-tiga parti tersebut boleh mengelakkan pertindihan kerusi sekali gus membawa semangat p
Nov 122 min read


Tidak rayu 40%: Hanya PM Anwar boleh selesaikan hak Sabah
Oleh: Akmal Manaf Keputusan Kerajaan Persekutuan untuk tidak merayu keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu mengenai pemberian khas 40 peratus kepada Sabah memperlihatkan hanya Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) yang mampu menyelesaikan masalah tuntutan hak Sabah. Menurut Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Sabah, Zaidi Jatil (gambar) , biarpun parti dan pemimpin politik bukan kerajaan di Sabah mempersoal dan memperkecilkan usaha PMX membantu negeri di bawah bayu i
Nov 122 min read


40% hasil Sabah: Kerajaan Madani laksana MA63 dengan berani, berprinsip
Oleh: Akmal Manaf Keputusan Kerajaan Persekutuan semalam untuk tidak merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu berhubung Pemberian Khas 40 peratus hasil Sabah menandakan permulaan kepada pemulihan keadilan fiskal yang telah dinantikan hampir lima dekad oleh rakyat negeri itu. Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Sabah, Datuk Mustapha Sakmud (gambar) berkata, keputusan tersebut juga membuktikan komitmen Kerajaan MADANI dalam menghormati semangat dan roh Perj
Nov 121 min read


Tidak rayu 40% hasil cukai Sabah hormat Perlembagaan, MA63 - Roland
Keputusan Jemaah Menteri yang dinyatakan dalam kenyataan Peguam Negara semalam bahawa Kerajaan Madani tidak akan merayu keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu berhubung hak 40 peratus hasil cukai Sabah disokong Naib Presiden KEADILAN, Roland Engan (gambar) . Beliau yang juga pemimpin KEADILAN Sarawak menyambut baik keputusan Kerajaan Persekutuan tersebut seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan. Menurut Roland, keputusan tersebut mencerminkan komitmen dan pe
Nov 121 min read


Tidak rayu 40%: Hajiji puji komitmen tulen PM hormati hak Sabah
Ketua Menteri sementara Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor (gambar) menzahirkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Kabinet Persekutuan atas keputusan tidak merayu keputusan Mahkamah Tinggi berhubung pemulangan 40 peratus hasil pendapatan yang diperoleh Kerajaan Persekutuan dari negeri itu. Hajiji berkata keputusan itu membuktikan komitmen tulen Perdana Menteri yang memahami aspirasi rakyat Sabah serta menghormati hak perlembagaan negeri sebagaimana
Nov 121 min read


Sabah nikmati peruntukan tertinggi di bawah Kerajaan MADANI
Oleh: Azuan Ab Rahman Sabah menikmati peruntukan pembangunan tertinggi dalam sejarah negara di bawah pentadbiran Kerajaan MADANI pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Timbalan Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Shafi Muhammad (gambar) berkata, peruntukan besar yang disalurkan Kerajaan Persekutuan itu membuktikan komitmen Kerajaan MADANI terhadap pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sekaligus menandakan perubahan positif dalam hubungan Persekutuan dan
Nov 121 min read


40% cukai Sabah: Tiada rayuan, Kerajaan Persekutuan mulakan rundingan segera
Kerajaan Persekutuan hari ini menegaskan pendirian untuk tidak membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu berhubung Pemberian Khas Negeri Sabah berdasarkan 40 peratus hasil yang dikutip di negeri itu, seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Keputusan itu dibuat dalam mesyuarat khas Jemaah Menteri yang diadakan petang tadi bagi membincangkan keputusan mahkamah dalam permohonan semakan kehakiman oleh Sabah Law Society (SLS) terhadap Kerajaan
Nov 111 min read


Yuneswaran sokongan padu jentera KEADILAN di DUN Melalap
Yuneswaran (kiri) bersama calon DUN Melalap, Datuk Jamawi Jaafar yang bakal menggalas cabaran PRN Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN merangkap Ahli Parlimen Segamat, Yuneswaran Ramaraj, menegaskan komitmennya untuk bekerja keras bersama jentera KEADILAN Sabah dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (PRN) Sabah 2025 dengan semangat juang yang tinggi berteraskan amanah, tanggungjawab dan integriti. Sebagai wakil rakyat angkat bagi DUN Melalap, beliau berkata K
Nov 112 min read


Calon PRN Sabah mesti berani tolak politik cara lama — Mustapha Sakmud
Oleh: Azuan Ab Rahman Semua calon KEADILAN bagi Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri Sabah (PRN) ke-17 diingatkan bahawa mereka bukan sekadar mewakili parti tetapi mewakili Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Sabah, Datuk Mustapha Sakmud (gambar) berkata, calon KEADILAN yang diketengahkan mesti berani memperjuangkan dasar yang membela golongan marhaen, memperkukuh tadbir urus negeri dan menolak politik lama b
Nov 111 min read


PRN Sabah: Tampil calon pelbagai latar, bukti KEADILAN parti inklusif
Datin Rufinah merupakan calon Wanita KEADILAN dalam PRN Sabah ke 17 Wanita KEADILAN Malaysia merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua calon Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) yang diumumkan untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (PRN) Sabah ke-17. Menerusi satu kenyataan, mereka menyifatkan pencalonan tokoh yang mewakili pelbagai pengalaman mencerminkan kepelbagaian dan kekuatan sebenar rakyat Sabah sekaligus mencerminkan komitmen parti untuk memb
Nov 111 min read


Tiada pertembungan PH hadapi BN-GRS, peluang menang cerah
DS Anwar mengumumkan calon KEADILAN bagi menghadapi cabaran PRN Sabah ke 17 Oleh: Noraini Nordin Sorotan PRN Sabah ke 17: Akhirnya terjawab sudah persoalan siapakah calon-calon yang dipilih untuk mewakili KEADILAN dalam Pilihan Raya Sabah kali ini. KEADILAN semalam telah mengumumkan calon-calon yang akan bertanding pada PRN Sabah, 29 November depan. Parti KEADILAN akan bertanding di 10 kerusi Dun setelah melakukan rundingan yang teliti dengan UMNO/BN serta GRS. Senarai 10 ca
Nov 102 min read


Rundingan 40% hasil Sabah diteruskan lepas kerajaan baharu terbentuk
DS Anwar berucap pada program Jelajah Malaysia Digital Sabah di Tawau, Sabah Oleh: Helmi Foad Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan telah melaksanakan rundingan dan menyalurkan peruntukan besar kepada Sabah sebagaimana tuntutan 40 peratus hasil negeri itu yang diputuskan oleh mahkamah baru baru ini. Perdana Menteri menjelaskan isu tersebut tidak sepatutnya dipolitikkan oleh parti parti yang bertanding Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (PRN) Sabah ke 17 kerana sejak
Nov 102 min read


Penuhi harapan "Urang Sabah", PH perlu sokongan kuat - Nurul Izzah
Pengarah Pilihanraya KEADILAN, Nurul Izzah dalam satu ceramah menjelang penamaan calon di Sabah Pakatan Harapan (PH) memerlukan sokongan yang lebih kuat daripada rakyat Sabah sendiri untuk memastikan perjuangan menegakkan hak mereka benar-benar tertunai. Timbalan Presiden KEADILAN Nurul Izzah Anwar berkata, sebelum ini terdapat parti lantang melaungkan slogan “Sabah Ubah” sepanjang 26 bulan memerintah namun rakyat tidak merasai sebarang perubahan. "Rizab kewangan negeri menur
Nov 102 min read


Kemenangan PH dinantikan, bela warga Sabah
Anggota KEADILAN amat mengharapkan kemenangan calon PH bagi membawa suara Sabah ke Putrajaya Oleh: Akmal Manaf Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (PRN) Sabah Ke-17 kian terasa bahangnya apabila setiap parti dan penyokong mula melontarkan harapan serta meniup semangat menjelang hari pengundian pada 29 November nanti. Ernie Edris Suara Keadilan yang kini berada di Negeri Bawah Bayu bagi mengikuti kemeriahan pengumuman calon semalam, berpeluang menemubual beberapa anggota p
Nov 102 min read


PRN: PH mesti menang bergaya, kerjasama Persekutuan-negeri mantap - PM
DS Anwar menyeru agar PH menang bergaya 20 kerusi dipertanding bagi memastikan pembelaan rakyat Sabah Oleh: Akmal Manaf Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) menyeru Pakatan Harapan (PH) untuk memastikan kemenangan dalam Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (PRN) Sabah Ke-17 pada 29 November ini, susulan keadaan politik negara yang kini disifatkan stabil dan semakin kukuh. Beliau berkata, ringgit kini mencatatkan perkembangan positif apabila menjadi mata wang pali
Nov 102 min read


Kerjasama erat Sabah-Persekutuan kunci pembangunan – George Hiew
Calon KEADILAN bagi kerusi N54 Karamunting, Datuk George Hiew (gambar) , menegaskan komitmennya untuk meneruskan kesinambungan usaha Kerajaan Perpaduan dan Pakatan Harapan membangunkan Sabah sekiranya diberikan mandat semula pada Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (PRU Dun) Sabah ke-17. Beliau menyifatkan pencalonannya sebagai peluang untuk terus berkhidmat serta memajukan rakyat Karamunting. "Terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas kepercayaan ini
Nov 101 min read


Pengundi belia jadi penentu PRN Sabah ke-17 — IDE Research Centre
Badan penyelidikan bebas, IDE Research Centre menjangkakan golongan pengundi belia akan menjadi penentu utama kepada kemenangan mana-mana parti pada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (PRN) Sabah ke-17. Pengerusinya, Senator Prof Emeritus Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman berkata, berdasarkan kajian 27 peratus pengundi di Sabah cenderung mengundi berdasarkan tawaran masa depan yang meyakinkan berbanding menyokong parti tertentu. "Generasi muda tidak memberi sokongan secar
Nov 101 min read


KePKAS perhebat projek pemuliharaan hadapi VM2026 - Christina Liew
Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (KePKAS) Sabah telah melaksana pelbagai projek pelancongan dan pemuliharaan sepanjang tahun ini demi memperkasakan sektor pelancongan negeri menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026). Menterinya, Datuk Seri Panglima Christina Liew (gambar) berkata, usaha itu termasuk menaik taraf Pintu Timpohon di Taman Kinabalu bernilai RM1 juta, selain penambahbaikan kemudahan pelawat di Poring Hot Spring (Ranau), Rumah Agnes Keith
Nov 102 min read


Hasil Sabah 40%: Rundingan telah bermula pesat, aktif - PM
PM Anwar berkata rundingan hasil Sabah dan Sarawak ditangani dengan sebaiknya oleh Kerajaan Madani Parti parti yang menggunakan isu menuntut Kerajaan Persekutuan memulangkan kembali 40% hasil cukai yang dikutip dari Sabah perlu berhati hati dalam usaha meraih sokongan pengundi menggunakan isu tersebut. Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan Semakan Kehakiman di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu baru baru ini menggesa agar Kerajaan Persekutuan berunding deng
Nov 92 min read


KEADILAN bertanding 10 kerusi DUN PRN Sabah ke 17
Barisan 10 calon KEADILAN yang menggalas cabaran PRN Sabah ke 17 Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) malam ini mengumumkan calon calon yang menggalas cabaran bertanding di Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (PRN) Sabah ke 17. Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan 10 mewakili KEADILAN. Calon calon adalah seperti berikut: 1) N.18 Inanam Pito Galim 2) N.44 Tulid Datin Rufinah Pengeran 3) N.23 Petagas Awang Husaini Sahari 4) N.61 Segama Romansa Lamin 5) N.50 Gu
Nov 91 min read
bottom of page





