Rakyat Sabah nilai rekod, pembangkang pernah perintah, tidak ke mana
- Suara Keadilan

- 4 minutes ago
- 1 min read

Kemajuan Sabah tidak dapat dicapai melalui sentimen menentang kerajaan semata-mata, tetapi memerlukan kestabilan politik dan kerjasama erat antara pentadbiran negeri dan kerajaan pusat.
Calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Karamunting, Datuk George Hiew Vun Zin berkata, hubungan kerajaan negeri dan persekutuan ketika ini jauh lebih baik berbanding situasi sebelumnya, hasil reformasi pentadbiran oleh Kerajaan Perpaduan.
Sambil menepis dakwaan pembangkang yang mendakwa kerajaan hari ini gagal, beliau mengingatkan bahawa isu air, elektrik dan jalan raya turut gagal diselesaikan ketika pembangkang mentadbir.
"Mereka mengata kerajaan gagal, tetapi semasa mereka memerintah pun masalah itu tetap tidak selesai
"Kegagalan ketika itu adalah kerana kurang peruntukan serta hubungan tegang antara kerajaan negeri dan pusat," katanya dipetik.
Sementara itu sebagai mengulas sambutan pengundi sepanjang kempennya, George berkata, ia menunjukkan rakyat lebih menilai rekod, berbanding persepsi mengelirukan yang dimainkan pembangkang.
"Interaksi saya dengan pengundi jelas menunjukkan mereka menilai prestasi, bukan cerita-cerita yang sengaja diada-adakan.
"Pembangkang memilih untuk mengulangi naratif ‘katak’ sedangkan calon dan penyusunan kerusi pada Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) diputuskan oleh Ketua Menteri dan Perdana Menteri," tambahnya.









Comments