top of page

PM tiba di China, fokus pertemuan industri, WorldSkills Shanghai

Writer: Noraini Nordin
Noraini Nordin
42 minutes ago
1 min read
DS Anwar tiba di China menumpukan pembangunan teknologi dan skil pekerja. Foto PMO
DS Anwar tiba di China menumpukan pembangunan teknologi dan skil pekerja. Foto PMO

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selamat tiba di Shanghai, China bagi meneruskan agenda Diplomasi MADANI dalam lawatan kerja beliau ke negara itu.


Anwar berkata, beliau akan memulakan beberapa agenda sebaik tiba di Shanghai, termasuk mengadakan sesi perjumpaan bersama pemain industri.


Beliau turut dijadual menghadiri Majlis Perasmian Pertandingan Kemahiran Dunia (WorldSkills Competition) Shanghai 2026.


"Alhamdulillah, selamat tiba di Shanghai, dan langsung memulakan langkah Diplomasi MADANI tatkala malam kian melabuhkan tirainya di bumi China," katanya menerusi kenyataan hari ini.


Menurut Anwar, pertemuan bersama pemain industri akan menjadi antara agenda awal beliau sepanjang berada di Shanghai.


Beliau turut memohon doa agar segala usaha dan ikhtiar delegasi Malaysia sepanjang lawatan tersebut dipermudahkan serta mencapai kejayaan yang diharapkan.


"Doakan usaha dan ikhtiar delegasi Malaysia dipermudahkan dan mencapai kejayaan yang diharapkan demi kemakmuran tanah air kita," katanya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page