Hampir 1,000 penyokong KEADILAN hadir pelancaran jentera PRN Masjid Tanah


Hampir 1,000 jentera dan penyokong KEADILAN serta Pakatan Harapan (PH) hadir pada Program Pelancaran Jentera Pilihan Raya Cabang Masjid Tanah di Kuala Sungai Baru, Melaka, malam tadi.
Program yang bermula kira-kira jam 9 malam itu turut dihadiri Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari yang juga Naib Presiden KEADILAN; Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Adam Adli Abd Halim yang juga Pemangku Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Melaka; serta Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Azman Abidin.

Ketua Cabang Masjid Tanah, Asri Ibrahim berkata, program berkenaan diadakan sebagai simbolik kepada tarikh 20 September.
"Program ini dibuat sebagai simbolik tarikh 20 September," katanya.
Beliau juga berharap Cabang Masjid Tanah dan KEADILAN Melaka terus mencapai kejayaan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka serta Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Turut hadir ketua-ketua Cabang KEADILAN Melaka, pimpinan MPN Melaka, Ahli Jawatankuasa (AJK) Cabang serta wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO).




Comments