Pengampunan bukan penghapusan tanggungjawab moral - AWAN


๐๐ช๐ข๐ฅ๐ข ๐ช๐ฏ๐ฅ๐ช๐ท๐ช๐ฅ๐ถ ๐ฃ๐ฐ๐ญ๐ฆ๐ฉ ๐ฎ๐ฆ๐ฏ๐จ๐ข๐ต๐ข๐ด๐ช ๐ถ๐ฏ๐ฅ๐ข๐ฏ๐จ-๐ถ๐ฏ๐ฅ๐ข๐ฏ๐จ, ๐ต๐ข๐ฏ๐ฑ๐ข ๐ฎ๐ฆ๐ฏ๐จ๐ช๐ณ๐ข ๐ฌ๐ฆ๐ฅ๐ถ๐ฅ๐ถ๐ฌ๐ข๐ฏ, ๐ฌ๐ฆ๐ฌ๐ข๐บ๐ข๐ข๐ฏ ๐ข๐ต๐ข๐ถ ๐ฑ๐ฆ๐ฏ๐จ๐ข๐ณ๐ถ๐ฉ ๐ฑ๐ฐ๐ญ๐ช๐ต๐ช๐ฌ.
Angkatan Wanita AMANAH Negara (AWAN) menegaskan bahawa prinsip kedaulatan Perlembagaan, kesamarataan di sisi undang-undang dan keadilan untuk semua rakyat mesti terus dipertahankan.
Ketua Wanita AMANAH, Datuk Aiman Athirah Sabu berkata, pihaknya menghormati kuasa pengampunan Yang di-Pertuan Agong terhadap bekas Perdana Menteri Najib Razak sebagaimana diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.
Bagaimanapun, penghormatan terhadap prerogatif diraja tidak bermakna persoalan mengenai akauntabiliti, integriti dan keadilan boleh diketepikan.
Kata beliau, skandal 1MDB dan SRC bukan sekadar kisah seorang bekas Perdana Menteri yang disabitkan kesalahan, tetapi merupakan pengkhianatan terhadap amanah rakyat.
Dana awam yang sepatutnya digunakan untuk membina hospital, menyediakan kemudahan pendidikan, membantu golongan miskin dan menjamin masa depan generasi muda tidak sepatutnya disalahgunakan.
"Pengampunan tidak boleh ditafsirkan sebagai penghapusan tanggungjawab moral. Belas ihsan tidak boleh mengatasi prinsip keadilan dan kuasa tidak boleh mengatasi amanah.
"Kita tidak menuntut keadilan untuk menghukum sesiapa secara berlebihan. Kita menuntut keadilan yang sama untuk semua, tanpa mengira kedudukan dan pengaruh," katanya.
Beliau menegaskan bahawa generasi akan datang mesti mewarisi sebuah negara yang menghormati undang-undang, menolak rasuah dan meletakkan integriti mengatasi kepentingan peribadi.




Comments