top of page

Wanita KEADILAN Wangsa Maju agih bantuan di PDM Ulu Segama

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 minutes ago
  • 1 min read
Wanita KEADILAN Wangsa Maju menyerahkan portable water filter kepada penduduk setempat
Wanita KEADILAN Wangsa Maju menyerahkan portable water filter kepada penduduk setempat

Kempen Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (PRN) Sabah diteruskan dengan penuh semangat apabila Wanita KEADILAN Cabang Wangsa Maju turun padang di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Ulu Segama bagi menyampaikan bantuan serta mendekati masyarakat setempat.

Air kelodak jernih selepas diproses
Air kelodak jernih selepas diproses

Menurut satu kenyataan, pasukan Wanita Wangsa Maju tampil bukan sahaja membawa mesej perjuangan politik, tetapi turut memberikan bantuan berbentuk keperluan asas kepada penduduk.


Sebanyak dua unit portable water filter telah disumbangkan kepada dua buah gereja, manakala satu unit lagi diserahkan kepada PDM Ulu Segama, serta dua unit tambahan disumbangkan kepada dua rumah penduduk di Kampung Tawaiyari.


Sumbangan diberikan sebagai usaha membantu komuniti yang masih berdepan masalah akses kepada bekalan air bersih. Pasukan berkenaan menyatakan bahawa bantuan sedemikian diharap dapat mengurangkan beban harian penduduk dan memperbaiki kualiti hidup mereka.


Selain penyerahan bantuan, pasukan kempen turut menziarahi seorang penduduk yang menghidap sakit kronik serta seorang lagi yang kehilangan tempat tinggal selepas rumahnya musnah dalam kejadian kebakaran.

Selain berkempen PRN Wanita KEADILAN Wangsa Maju turut memberi bantuan kepada penduduk setempat
Selain berkempen PRN Wanita KEADILAN Wangsa Maju turut memberi bantuan kepada penduduk setempat

"Kehadiran ini mencerminkan komitmen bahawa perjuangan politik bukan sekadar janji, tetapi juga tindakan nyata untuk mendengar keluhan rakyat, menyelami cabaran hidup mereka, dan bersama-sama mencari jalan penyelesaian," menurut kenyataan itu.


Pada sebelah malam, pasukan wanita menghadiri program wayang pacak di PDM Jalan Segama bersama penduduk setempat.


Program santai itu menjadi ruang untuk mengeratkan hubungan, mendengar suara komuniti, dan menyemarakkan semangat kebersamaan dalam suasana mesra dan harmoni.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page