top of page

Ruji Ubi lancar manifesto “Demi Merotai Sejahtera”

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Nov 23
  • 2 min read

Datuk Ruji menyatakan keyakinan mengubah wajah Merotai dengan pengalamannya mengurus projek besar
Datuk Ruji menyatakan keyakinan mengubah wajah Merotai dengan pengalamannya mengurus projek besar

Pakatan Harapan (PH) Merotai melancarkan manifesto bertema “Demi Merotai Sejahtera” pada Sabtu dengan fokus kepada pembinaan pekan baharu, penyelesaian masalah infrastruktur asas serta peningkatan ekonomi penduduk.


Calon PH bagi kerusi tersebut, Datuk Ruji Ubi menegaskan pembangunan Merotai merangkumi perumahan, pekerjaan dan keperluan asas mesti dirancang secara menyeluruh termasuk melalui kerjasama dengan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan pihak ladang di kawasan sekitar.


"Paling mudah ialah kita berbincang dengan pihak estet kerana kampung-kampung di Merotai dikelilingi ladang.


"Kawasan Gayathri ini GLC punya, jadi lebih cepat untuk kita rancang. Mereka pun ada pemaju sendiri," katanya dipetik pada sidang media di Kampung Haji Mathair.


Bekas Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Dalam Negeri (KDN) itu juga mendedahkan, rundingan awal bagi menyelesaikan isu akses jalan dan bekalan elektrik di kampung tersebut yang tidak pernah menikmati talian elektrik sejak merdeka juga telah dimulakan.


Mengulas mengenai pembangunan pekan baharu Merotai, Ruji menyatakan keyakinan dengan pengalaman menguruskan projek pembangunan bermasalah sebelum ini, beliau mampu menggerakkan projek pekan baharu Merotai jika diberi mandat.


"Cara paling efektif ialah rundingan dengan GLC. Kita perlu rancang untuk lima tahun ke depan, bukan apa yang ada sekarang," tambahnya.


Ruji sementara itu menegaskan, pendekatan radikal diperlukan untuk menyelesaikan isu air, elektrik dan jalan raya yang berlarutan di Sabah termasuk menerbitkan sukuk melalui anak syarikat kerajaan untuk mempercepatkan pembinaan infrastruktur penting.


"Kita tidak boleh guna pendekatan biasa. Kita perlukan Special Purpose Vehicle (SPV), Dana Infra untuk air, jalan dan elektrik, ditadbir secara profesional dan telus, sama seperti model pelaksanaan MRT dan ECRL," katanya.


Mengulas aspek ekonomi, beliau menegaskan penguatkuasaan gaji minimum dan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan terutama untuk belia.

Sementara itu, sebagai mengulas kritikan berhubung sentimen “Sabah for Sabahan”, Ruji menegaskan kemajuan negeri memerlukan kerjasama erat dengan kerajaan Persekutuan.

"Kalau kita mahu maju, Sabah for Malaysia. Sabah tetap ditadbir oleh orang Sabah, dan ramai anak Sabah berjaya di peringkat pusat. Peruntukan besar datang dari Kerajaan Malaysia, jadi kita mesti bekerja bersama, bukan berpecah," tegasnya.


Ruji sebelum ini merupakan mantan Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU JPM) dan mempunyai pengaaman luas dalam pembangunan negara.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page