top of page

Penerimaan positif pengundi isyarat rakyat mahu pemimpin mampu bekerja

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 26 minutes ago
  • 1 min read

Nurul Izzah dalam kempen di Sabah menekankan calon PH yang diundi akan bekerja untuk rakyat
Nurul Izzah dalam kempen di Sabah menekankan calon PH yang diundi akan bekerja untuk rakyat

Penerimaan positif pengundi terhadap Pakatan Harapan (PH) di Sabah menjadi isyarat jelas bahawa mereka mahu pemimpin yang mampu bekerja selepas pilihanraya.


Timbalan Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar semasa Tinjauan Mesra Dewan Undangan Negeri (DUN) Moyog di Pasar Tamu Donggongon pada Rabu menegaskan bahawa PH komited untuk memberi khidmat kepada rakyat, bukan sekadar ketika berkempen.

"Selepas berkempen dan hari mengundi, ialah bagaimana mereka boleh memberikan khidmat dan cuba menyelesaikan masalah (rakyat)," katanya pada kunjungan lebih sejam yang menerima sambutan mesra peniaga dan pengunjung pasar itu.


Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah kali ini, PH mencalonkan Remysta Jimmy Taylor mewakili calon Kerajaan Perpaduan di DUN Moyog dalam pertandingan 11 penjuru.


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 29 November sebagai hari mengundi, manakala undi awal pada 25 November.


Sementara itu Nurul Izzah menyifatkan lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Sabah minggu lepas menyumbang kepada reaksi positif penduduk.


Beliau turut menyeru pengundi Sabah yang disifatkan sebagai terbuka untuk menilai tawaran PH berdasarkan fakta.


"Kami minta supaya pilihan (pengundi) berasaskan fakta dan saya amat bersyukur dengan respons yang sangat positif," tambahnya.

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page